Home » , , , , » 2 beradik warga emas huni rumah dhoif

2 beradik warga emas huni rumah dhoif

Written By Unknown on Friday, 26 July 2013 | 21:05

PONTIAN – Melihat keadaan sebuah rumah usang dan dikelilingi dengan semak samun di Kampung Permas Kelapa, di sini, pasti tiada siapa yang menyangka kediaman itu berpenghuni.

Namun rumah itulah menjadi tempat berteduh pasangan adik beradik, Mian Subari, 86, dan adiknya Noriyah, 56, sejak bertahun lamanya.

Difahamkan, Mian yang tidak pernah mendirikan rumah tangga sehingga kini masih menjaga adik perempuannya itu yang mempunyai masalah lembam.

Tinjauan Sinar Harian ke rumah terbabit mendapati, keadaan dalam kediaman itu perlu diperbaiki dan terdapat banyak takungan air hujan susulan keadaan bumbung rumah yang bocor.

Mian berkata, dia yang kini sudah tidak lagi bekerja amat bersyukur kerana masih mempunyai tempat tinggal meskipun dalam keadaan serba kekurangan.

Bagaimanapun, dia mengakui memasang impian supaya rumah didiaminya itu dapat dibaiki untuk keselesaan hidupnya dan Noriyah.

“Saya dan adik bersyukur kerana kami masih lagi mempunyai tempat berteduh dan berlindung dari hujan dan panas,” katanya.

"Kami hidup pun dengan bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mana mungkin saya dapat membaik pulih rumah ini. Saya juga tidak lagi mampu membuat kerja-kerja berat atas faktor usia. Oleh itu, saya amat berharap ada pihak yang dapat membantu sekurang-kurangnya membaiki rumah ini,” katanya.

Mian berkata, keadaan rumah yang usang, bocor dan berlubang itu menyebabkan dia dan Noriyah sering kesejukan pada waktu malam.

Menurutnya, keadaan bertambah buruk sekiranya hujan lebat kerana hampir keseluruhan zink rumah bocor dan dinding rumah berlubang.

"Bila lihat awan mendung sahaja, saya dan adik sudah mula runsing memikirkan memikirkan keadaan rumah,” katanya.

Mian berkata, semak-samun yang sudah menjalar di atas bumbung rumah membuatkan dia dan Noriyah semakin bimbang mengenai keselamatan diri.

“Bimbang juga sekiranya terdapat haiwan liar seperti ular di atas bumbung. Dulu ada orang datang melihat kawasan sekitar rumah dan mereka beritahu akan cuba mendapatkan bantuan baiki rumah.

“Pada ketika itu, saya amat gembira, tetapi sampai sekarang tiada khabar berita,” katanya.

Justeru, Mian bersama Noriyah amat berharap supaya rumah berkenaan dapat dibaiki segera bagi membolehkan mereka hidup lebih selesa

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger