Ada yang menulis tentang As-Syaikh Ahmad At-Tayyib dan menyebut beliau sebagai orang kuat Husni Mubarak,
dan ada juga yang menyebarkan dakwaan bahawa beliau menjadi punca ditangkapnya beberapa pelajar Ikhwan di Al-Azhar pada zaman Mubarak.
Di sini,saya cuma memetik (sebahagian) apa yang disebut oleh Fadhilatus Syaikh Hassan As-Syafei Hafizahullah (dan beliau lebih maaruf dari diperkenalkan) dalam wawancara bersama beliau oleh wartawan As-Shorouq Februari 2012 lepas.
[[ Fadhilatus Syaikh Hassan As-Syafei :
Petikan 1 :
"Adapun dakwaan yang menyatakan bahawa Syaikhul Azhar (Prof Dr Ahmad At-Tayyib) memanggil polis untuk menangkap pelajar Universiti Al-Azhar yang dituduh terlibat dengan kegiatan Militan ( المليشيات) sebenarnya langsung tidak berlaku - hakikat sebenarnya adalah - Fadhilatul Imam ketika itu yang memegang jawatan sebagai Rektor Al-Azhar tidak pernah memanggil polis samada pada kejadian tersebut,ataupun kejadian-kejadian selainnya.
Bahkan ketika berlakunya penangkapan terhadap para Pelajar tadi Syaikhul Azhar sebenarnya sedang berada di Makkah sedang menghadiri muktamar tentang "Wakaf dalam Islam" di Universiti Ummul Qura,dan muktamar itu dihadiri sendiri oleh Syaikh Al-Qaradhawi.
Apabila Syaikhul Azhar pulang ke Mesir,beliau mendapati para pelajar telah ditangkap - sekiranya beliau wujud ketika penangkapan mereka,nescaya beliau akan mempertahankan mereka dari ditangkap sebagai mana beliau berkali-kali mempertahankan para pelajar dari ditangkap sebelum itu.
Sebelum daripada kejadian ini,Syaikh Ahmad At-Tayyib sendiri sudah beberapa kali secara khusus bertindak secara peribadi menemui Peguam Negara (Naib Am) pada ketika itu - Mahir Abdul Wahid - untuk menuntut agar beberapa kumpulan pelajar yang ditangkap (atas dakwaan keterlibatan dengan Ikhwan Muslimin) dibebaskan dari tahanan. Dan antara yang dibebaskan dengan usaha beliau ketika itu adalah anak kepada salah seorang Pemimpin Ikhwan yang menjadi anggota Parlimen ketika itu.
Ketika diminta keterangan oleh beliau selaku Rektor - tentang kegiatan militan di kalangan pelajar, beliau memberikan kenyataan dan laporan bertulis :
-bahawa beliau tidak berada di Mesir ketika itu,dan beliau menegaskan bahawa beliau tidak pernah melihat wujudnya senjata di tangan pelajar,samada pelajar Ikhwanul Muslimin atau selainnya
-beliau juga memberi persaksian bahawa pelajar-pelajar yang didakwa dan ditangkap itu selalu bertemu dengan beliau dengan penuh penghormatan dan adab sebagaimana adab seorang pelajar dengan Pensyarahnya (memberikan persaksian bahawa para pelajar tersebut adalah pelajar yang baik dan tidak bermasalah - pent),dan pejabat beliau sentiasa terbuka bagi para pelajar.
Eloklah kiranya bagi pihak yang sentiasa menjaja dakwaan Syaikhul Azhar memanggil polis untuk menangkap pelajar Ikhwan yang tidak pasti benar atau salahnya itu untuk merujuk dan memastikan terlebih dahulu peristiwa ini dengan pelajar-pelajar tersebut dan ibubapa mereka sendiri....."
".....Aku ingin memperingatkan semua dengan Hadith Sayyiduna Rasulullah SallaAllahu Alaihi Wa Sallam : Cukuplah seseorang itu dikira berbohong apabila dia menyebarkan kesemua perkara yang didengarnya (tanpa diselidik kebenaran atau kesalahannya terlebih dahulu)
"Kedua,dalam peristiwa dimana As-Syaikh Al-Qaradhawi yang disekat agak lama di Lapangan terbang Kaherah ketika ingin memasuki Mesir (ketika Mubarak masih berkuasa) ketika memenuhi jemputan atas kapasiti peribadi oleh Syaikh Ahmad At-Tayyib yang ketika itu memegang jawatan Rektor - untuk menghadiri muktamar kali pertama alumni Al-Azhar As-Syarif,ketika As-Syeikh Al-Qaradhawi tersekat agak lama dilapangan terbang ketika itu,Syeikh Ahmad At-Tayyib telah meminta agar dua orang anggota keselamatan untuk pergi ke Airport untuk memastikan keselematan Syeikh Al-Qaradhawi,isterinya dan setiausaha khas beliau dan mengiringi mereka ke muktamar.
Ketika berlangsungnya Muktamar dan bermulanya majlis,datang seorang Pegawai Tinggi Polis untuk menahan dan membawa Syeikh Al-Qaradhawi bertemu -LaZougli- (nama tempat kementerian kehakiman - wallahu'alam),Syeikh Ahmad At-Tayyib menolak dengan tegas permintaan pegawai tinggi polis tersebut.
Syeikh Ahmad At-Tayyib menyebutkan kepada pegawai tersebut : "Sekiranya kamu mengambil dan membawa Syeikh Al-Qaradhawi,aku akan masuk ke sidang muktamar dan aku akan umumkan perletakan jawatan aku sebagai Rektor Al-Azhar serta merta. Dan aku akan menyatakan kepada semua sidang hadirin (dari seluruh dunia ketika itu - pent) punca aku meletakkan jawatan aku ini kerana membantah tindakan kamu"
Pegawai Tinggi Polis tadi membatalkan hasrat mereka setelah berbincang dengan pegawai atas mereka.
Inilah yang kita dapat lihat dari As-Syaikh Ahmad At-Tayyib,beliau sanggup melepas pangkat dan jawatannya pada sebelah timbangan semata-mata untuk mengutamakan timbangan penghormatan terhadap tetamu jemputannya (Syeikh Al-Qaradhawi)...." ]]
Petikan kalam Fadhilatus Syaikh Hassan As-Syafei ini boleh dibaca sepenuhnya di :
http://www.shorouknews.com/ news/ view.aspx?cdate=21022012&id=a4f 0af53-e733-418a-996a-8414e536f f02
Tambahan oleh saya sendiri :
1.Syeikh Ahmad At-Tayyib memang perlantikannya oleh Mubarak dilakukan ketika itu selaku Presiden,akan tetapi Mubarak hanya boleh melantik salah satu dari 3 nama yang dicadangkan oleh Para Ulamak Al-Azhar. Bukan boleh dilantik sewenang-wenangnya oleh Mubarak.
Tiga nama yang dihantar ketika itu oleh Al-Azhar As-Syarif adalah
1.Prof Dr Umar Hashim
2.Prof Dr Ali Jum'ah
3.Prof Dr Ahmad At-Tayyib.
Ini bererti,penentuan yang dibuat oleh Mubarak itu tidak boleh keluar dari pemilihan oleh Para Ulamak Al-Azhar As-Syarif itu sendiri.
Tambahan pula selepas revolusi 25 Januari,anggota Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar sendiri teguh menyokong Syaikh Ahmad At-Tayyib sebagai Syaikhul Azhar.
2. Al-Azhar As-Syarif di bawah Syaikh Ahmad At-Tayyib adalah pihak pertama yang mengumumkan bahawa mereka yang terkorban dalam revolusi 25 Januari menentang Mubarak adalah Syuhada'.
Situasi yang berlaku di Mesir kini,sangatlah kompleks,saya sendiri bersedih dengan apa yang berlaku,dan tidak bersetuju Dr Mursi dijatuhkan.
Akan tetapi untuk bermudah-mudah meletakkan label tertentu kepada sesiapa sahaja dalam keadaan sudut pandangan yang bercapah 'kelabu' ini,apatah lagi menyebar berita yang belum tentu kepastiannya,saya berlepas diri darinya.
Sahabat-sahabat yang wujud di Mesir sendiri tahu bahawa ketika pengumuman keputusan Pilihanya Presiden akan diawalkan semalam,hampir setiap tempat kita dapat melihat warga Mesir bergembira dan menyatakan bahawa demonstrasi mereka telah berjaya.
Keadaan dimana wujud ramai rakyat Mesir sendiri yang menuntut Pilihanraya diawalkan ini juga perlu diletak dalam perkiraan sebelum membuat sebarang komentar terhadap mana-mana pihak.
Semoga Allah memberi taufiq buat kita semua.
Wallahu'alam.
Muhammad Noorazam Bin Bahador
Arma 507.
Source

http://www.shorouknews.com/

Post a Comment