
Tanda-tanda kemelaratan hidup rakyat di negeri Kuwait Malaysia dapat disaksikan oleh semua orang. Sebagai contohnya, ‘Rumah 30 Tok Saboh’, istilah yang sedia difahami oleh masyarakat setempat. Seramai 30 keluarga diberikan rumah papan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau dikenali sebagai ‘rumah ssekin’ oleh masyarakat tempatan.
Setelah lebih kurang 30 tahun berlalu, walaupun rumah papan tersebut telah berganti dengan rumah PPRT baru, tetapi kemiskinan menyebabkan anak-anak yang telah berkeluarga sendiri, beranak-pinak masih menetap dengan ibu-bapa di sebuah rumah PPRT yang keluasannya sedia dimaklumi sehingga 2,3 keluarga menghuni sebuah rumah.
Selesa? Tiada lagi istilah selesa bagi mereka. Sekadar tempat berteduh dari panas dan hujan. Bila rumah bukan lagi menjadi tempat yang memberikan ketenangan dan kedamaian, anak-anak akan mencari kehidupan di luar, akhirnya menyumbang kepada peningkatan kes-kes sosial.
Terhadnya peluang pekerjaan dilihat faktor utama yang menyumbang kepada rendahnya taraf hidup sebahagian penduduk di sini. Majoriti golongan miskin serta miskin tegar adalah nelayan pinggir pantai dengan pendapatan yang tidak mencukupi untuk sara hidup seharian, apatah lagi untuk mereka membina penghidupan yang lebih baik.
Bidang lain yang dilihat mampu menyumbang sedikit adalah sektor pelancongan di samping industri pembuatan kerepok yang diusahakan secara tradisional. Tetapi apabila kebanyakkan aktiviti pendaratan ikan kini bertumpu di Tok Bali serta infrastruktur industri perikanan di Kuala Besut tidak ditingkatkan menyebabkan pendaratan ikan beransur berpindah ke Tok Bali. Ditambah lagi apabila perancangan pembangunan kerajaan pusat dalam memajukan pelabuhan perikanan Tok Bali tidak mengambil kira jajaran Kuala Besut menyebabkan industri perikanan di Kuala Besut ini tidak pesat berkembang. Kesannya secara langsung juga melibatkan industri hiliran seperti perusahaan kerepok yang sepatutnya boleh dirancang secara lebih maju dan berdaya saing.
Source
Soal kemiskinan dan kemelaratan hidup rakyat ini tidak akan selesai dengan cara agihan tunai menjelang pilihanraya. Ianya memerlukan perancangan rapi jangka pendek dan jangka panjang supaya manfaatnya menyeluruh.
Apa yang sangat ketara, jurang hidup antara masyarakat di sini kelihatan semakin melebar. Yang kaya terutama mereka dari kalangan ‘tokey-tokey bot’ istilah yang digunakan masyarakat setempat kepada pemilik-pemilik bot nelayan. Jurang taraf hidup mereka dengan masyarakat kebanyakkan semakin menjarak. Dengan istilah lain, yang kaya sangat kaya, yang miskin jauh tertinggal ke belakang.
Post a Comment