



Pengerusi R Terengganu, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, kerajaan dan petronas harus meneliti semula pelantikan tersebut.
"R Terengganu berharap pihak Kerajaan dan Petronas boleh meneliti semula Akta Kemajuan Petroleum 1974 kerana berdasarkan akta tersebut Tun Dr Mahathir tidak menepati syarat kelayakan sebagai Penasihat Petronas sekaligus menyebabkan akta tersebut tidak relevan," kata beliau kepada Harakahdaly.
Akta Kemajuan Petronas (PDA) Seksyen 5 menyebut, kedudukan individu yang bukan lagi berkait dengan kerajaan tidak boleh memegang jawatan sebagai penasihat badan pertoleum itu.
Justeru R Terengganu menuntut kerajaan mengambil tindaan sewajarnya bagi memastikan tiada unsur penyelewengan dalam pelantikan tersebut.
"R Terengganu menggesa pihak Petronas melantik penasihat yang lebih layak tanpa ada kompromi dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan dalam syarikat Petronas," tegasnya.
Minggu lalu, Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu Raja Datuk Kamarul Baharin Raja Ahmad Shah yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu menggesa Majlis Penasihat Petronas diwujudkan segera.
Majlis itu katanya harus meletakkan wakil kerajaan negeri yang berperanan menasihati Perdana Menteri dan membuat keputusan penting mengenai dasar petroleum dan cari gali minyak di negara ini.
Hazayani Zakaria, |
Post a Comment