Home » , » 22 budak maut makan hidangan beracun - BH

22 budak maut makan hidangan beracun - BH

Written By Unknown on Wednesday 17 July 2013 | 20:20

FotoMakanan percuma dipercayai dicemari fosfat racun serangga

Patna: Sekurang-kurangnya 22 kanak-kanak maut selepas menikmati hidangan tengah hari percuma di sebuah sekolah rendah di timur India, di mana ujian awal menunjukkan makanan terbabit dicemari bahan kimia beracun, kata pihak berkuasa.

Kira-kira 30 kanak-kanak yang lain dirawat di hospital selepas mengambil hidangan tengah hari yang dimasak di sekolah kampung terbabit, kata menteri pendidikan negeri Bihar, P K Shahi. 
Hidangan tengah hari 


“Sungguh menyedihkan tetapi memang benar bahawa 22 kanak-kanak mati selepas makan hidangan tengah hari mereka, yang didapati beracun,” kata Shahi kepada AFP.

Semua 22 kanak-kanak terbabit berusia di bawah 10 tahun dikebumikan berhampiran sekolah pagi semalam dengan beratus-ratus penduduk kampung membantah kematian terbabit.

“Beratus-ratus penduduk yang marah membuat bantahan di daerah Saran lewat malam semalam, menuntut tindakan tegas terhadap pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dalam insiden yang mengejutkan ini,” kata pegawai daerah, S K Mall.

Satu siasatan awal menunjukkan bahawa hidangan kekacang dan nasi yang diberikan kepada kanak-kanak terbabit mungkin dicemari dengan fosfat daripada racun serangga, kata pegawai kerajaan tempatan, Amarjeet Sinha. 


Racun serangga

“Punca kematian mungkin keracunan organophosphorous akibat racun serangga dalam sayur,” katanya kepada AFP sambil menambah bahawa doktor merawat mangsa dengan atropine.

Laporan media memetik penduduk kampung berkata penggunaan minyak masak tercemar mungkin menjadi punca kematian.

“Penyiasat melakukan siasatan terhadap sampel hidangan tengahari berkenaan dan sampel muntah mangsa. Hanya laporan akhir mendedahkan punca sebenar,” katanya.

Ketua menteri, Nitish Kumar mengumumkan pampasan sebanyak 200,000 rupee (RM10,745) kepada keluarga mangsa. - AFP
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger