Home » , , » (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd, : ......Saya memang ada PhD tetapi ia tidak diiktiraf.. ULlPP#$@"..

(CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd, : ......Saya memang ada PhD tetapi ia tidak diiktiraf.. ULlPP#$@"..

Written By Unknown on Thursday 18 July 2013 | 00:17

Baru dua hari memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd, namun Mohammed Emir Mavani Abdullah kini terpaksa berkira-kira berapa lama beliau boleh tahan di situ.

Ini ekoran laporan beliau mendapat PhD dari universiti yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Mohammed Emir mengambilalih jawatan CEO FGVH dari Tan Sri Sabri Ahmad Selasa lepas.

Beliau mendapat PhD dari Warnborough Universiti di United Kingdom pada tahun 2008, lapor Business Times.

Beliau menafikan lembaga pengarah FGVH sedang mempertimbangkan semula perlantikannya.

"Saya memang ada PhD tetapi ia tidak diiktiraf...ia ijazah yang sebenar dari universiti yang sememangnya wujud. PhD bukan kriteria yang menyebabkan mereka memilih saya tetapi berdasarkan kemampuan saya. Isu ini tidak ada kaitan dengan saya mendapat pekerjaan ini," kata Mohammed Emir sebagaimana dilaporkan Reuters.

Namun laporan itu juga menyebut, Mohammed Emir diberikan enam bulan untuk meninggalkan FGVH.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger