Home » , » Orang kata macam-macam apabila pembekal dirahsiakan

Orang kata macam-macam apabila pembekal dirahsiakan

Written By Unknown on Tuesday 23 July 2013 | 11:23

Subky Latif,23 Jul 2013
SPR dan menteri yang dipertanggungjawabkan menjawab soalan mengenainya di Parlimen, Shahidan Kassim tidak marah sesiapa apabila timbul spekulasi tentang siapa yang membekalkan dakwat tipu kepada SPR  dalam  PRU13  dulu.

SPR terus merahsiakan pembekalnya dan Shahidan pula berkeras memberitahu Parlimen tidak akan mendedahkan pembekal itu.

Yang biasa dirahsiakan oleh kerajaan ialah sesuatu yang mengancam keselamatan negara atau yang mengaibkan yang boleh mendatangkan fitnah.

Pembekal dakwat dan segala alat yang diperlukan oleh SPR yang buat secara telus tidak perlu dirahsiakan.

Malah jika berlaku penipuan dalam pembekalan itu SPR boleh bertindak menyaman pembekal kerana gagal membekal dakwat yang dikehendaki.

Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusuf dalam satu wawancaranya kepada media menyebut betapa perkara yang  amat mengecewakan dia dalam perkhidmatannya ialah dakwat yang dibekalkan kepada SPR tidak memenuhi apa yang dikehendaki.

Mengapa perkara yang mengecewakannya itu dipendamkan saja? Dakwat tipu itu bukan untuk kegunaan persendirian pemimpin-pemimpin SPR. Ia adalah untuk kegunaan orang ramai dan orang ramai perlu berpuas hati dengan apa yang dibekalkan, dan ia tidak memuaskan hati  semua orang, maka orang perlu tahu mengapa dan kerja siapa?

Perdana Menteri Dr Mahathir pernah pecat CEO TNB, Tan Sri Ani Arope serta merta kerana kegagalan teknik yang memutuskan bekalan tenaga beberapa jam hampir di seluruh Semenanjung, mengapa pembekal dakwat tipu itu tidak boleh dikenakan tindakan?

Pengerusi SPR boleh diamkan saja kiranya bahan binaan tipu digunakan untuk rumahnya. Tetapi perkara yang melibatkan orang ramai, dia tidak boleh diamkan.

Mengapa dia tidak mahu bertindak dan tidak mahu mendedahkan pembekalnya? Seolah-olah ada benda yang hendak disorokkan.

Apabila tidak didedahkan maka ia menyebabkan orang membuat spekulasi dan menyangka itu dan ini.

Mula-mula SPR kata, petugas tidak goncang bekas  dakwat itu. Lepas itu timbul pula alasan bahawa campuran bahan dalam dakwat itu tidak boleh berlebihan kerana boleh mendatangkan penyakit kepada pengguna. Ada pun keterangan bukan semua dakwat itu tipu. Ada yang kekal. Tetapi sehingga ini SPR tidak menunjuk jari siapa dan orang dari mana yang menggunakan  dakwat yang betul.

SPR tidak pula membuktikan orang Mesir, India, Pakistan dan lain-lain yang menggunakan dakwat kekal telah mengidap penyakit bahaya gara-gara menggunakan dakwat kekal itu.

Kerana SPR bukan sekadar enggan bertindak dan enggan mendedahkan pembekal menyebabkan sudah menyangka pemimpin SPR ada hubungan baik dengan pembekal dan mereka mngkin ada kepentingan.

Mengapa ia hendak dirahsiakan sangat jika SPR telus dalam urusan pembekalan itu? Oleh menyangka yang bukan-bukan. Orang kata ia oleh kroni Perdana Menteri atau isteri Perdana Menteri dan ada kepentingan.

Pernah dikatakan, orang politik pernah menawarkan sesuatu kepada Raja bagi mengambil hati Raja. Apakah kemungkinan orang-orang bergelar terlibat dalam membekalkannya, justeru ia dirahsiakan sangat.

Tuntutan sudah dibuat di Parllimen supaya pembekal itu didedahkan. Menteri dengan ranggi memaklumkan tidak akan  sekali-kali sedia mendedahkan pembekalnya.

Jelaslah pengendaliannya tidak  telus. Kerana itulah orang bising. Dan jangan salahkan orang bising dan membuat berbagai-bagai andaian daripada sikap tidak telus itu. Tidak telus adalah seburuk-buruk laku bagi mana-mana kerajaan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger