Home » , , » Tahniah buat UMNO, untuk PAS, kekalahan bukan bererti tewas

Tahniah buat UMNO, untuk PAS, kekalahan bukan bererti tewas

Written By Unknown on Wednesday 24 July 2013 | 09:25

Tahniah buat UMNO di atas kejayaan mengekalkan DUN Kuala Besut bawah BN. Untuk PAS, kekalahan bukan bererti tewas. Perjuangan yang hebat melawan UMNO dan segala jentera kerajaan yang masuk dengan wang dan projek. Jika tidak diberi kemenangan di dunia di akhirat in shaa Allah tetap ada kemenangan. Perjuangan masih jauh.

Tahniah juga buat pengundi Kuala Besut yang sudah membuat keputusan. Sebahagian besar orang Kuala Besut lebih berminat kepada yang nampak di mata. Orang yang berkuasa mempunyai kelebihan dengan kuasa mereka untuk berbaik dengan rakyat dan yang tidak berkuasa sentiasa berdepan pelbagai onak dan duri dalam perjuangan.

Orang-orang Kuala Besut, jangan terkejut jika esok Kuala Besut dipenuhi dengan pelbagai jenis jentera berat hingga ke Pulau Perhentian. Esok tanah-tanah akan diratakan, dan sebagaimana yang berlaku sebelum pilihan raya, tentulah dalam tempoh sepuluh hari akan tersergam kondo-kondo nelayan. Nelayan-nelayan tidaklah lagi menghuni pondok bertiang gelam dan beratapkan sagu. Orang-orang Pulau Perhentian tentulah akan selesa bersolat di masjid separuh terendam di air. Beruntunglah orang Kuala Besut setelah sekian lama terpinggir dari pembangunan, selepas PRK ini, esok membangun mengalahkan jiran-jiran DUN yang juga akan menanti giliran membangun jika ada PRK. 

Sebenarnya minda kita belum bebas dan membangun. Tahniah, semoga terus merasai pembangunan yang dijanjikan kerana dikatakan hanya BN yang sentiasa memenuhi janji.

Source and written by: 

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger