Pages

Saturday, 27 July 2013

Terkini Mesir: Militia samseng Mesir kepung hospital, buru mangsa cedera. Akhukum Abdul Malik

Maklumat dari Pusat Media dataran Raba'ah melalui "Al-Jazeera": Terdapat mangsa cedera dalam serangan polis awal pagi tadi dirawat di beberapa buah hospital kerajaan memandangkan Hospital Raba'ah tidak lagi dapat menampung mangsa yang cedera.

Malangnya, berita gempar yang diterima mendakwa kumpulan militia samseng yang diupah mula memburu mangsa-mangsa yang cedera ini. Antaranya di Hospital Sayyid Galal dan Hospital Darus Syifa' di Abbasiyah. Militia samseng itu turut mengepung hospital berkenaan.

No comments:

Post a Comment