Home » , , , » 100 orang ahli UMNO buat perhimpunan aman bantah tindakan Ghazali

100 orang ahli UMNO buat perhimpunan aman bantah tindakan Ghazali

Written By Unknown on Tuesday 13 May 2014 | 06:12

KUALA BERANG: Kira-kira 100 ahli UMNO di peringkat akar umbi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, mengadakan perhimpunan secara aman membantah tindakan bekas EXCO kerajaan negeri, Ghazali Taib mengisytiharkan keluar daripada UMNO.

Kumpulan terbabit membawa pelbagai sepanduk dan berarak daripada pekan Ajil ke pekarangan pejabat DUN Ajil yang terletak kira-kira 100 meret dari kediaman Ghazali.
Bagaimanapun, Ghazali serta isteri, Bibi Nazimah Mohamad Akbal tiada di rumah dan difahamkan mereka meninggalkan kediaman sejak malam tadi sebaik ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.


Seorang peserta perhimpunan, Shuhaimi Hussin, 48, berkata dia amat kecewa dengan tindakan Ghazali kerana sanggup membelakangkan parti, sedangkan sebelum ini menyeru ahli mengutamakan parti daripada kepentingan peribadi.

"Kami yang mewakili pengundi di DUN Ajil mahukan seorang wakil rakyat yang setia pada parti dan tindakan dilakukan Ghazali dianggap sebagai mengkhianati parti," katanya.

Omar Shamsudin, 49, berkata tindakan dilakukan Ghazali yang bertindak meletak jawatan dan menjadi ADUN bebas membuktikan beliau tiada prinsip perjuangan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger