Pages

Wednesday, 14 May 2014

Mazlan Ngah: Bekas Pengarah Yayasan Islam Terengganu Dilantik Setiausaha Sutit MB Terengganu

Bekas Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Md Kamaru Al-Amin Ismail dilantik Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar berkuatkuasa hari ini susulan pelantikan Menteri Besar yang baharu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman. 
kamarulBeliau berkata akan berlaku beberapa lagi bertukaran untuk disesuaikan dengan pertukaran Menteri Besar yang baharu. 

“Kalau tiada pertukaran Menteri Besar pun pertukaran kakitangan itu tetap akan berlaku sebab ada yang bersara pada Jun ini,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Berhad, Dato’ Wan Ahamad Wan Muda dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar sebelum ini iaitu Azman Ghani @ Hussin masing-masing ditukar ke jawatan baharu iaitu sebagai Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.

No comments:

Post a Comment