Home » , , , , , » Rosli Daud: keluar UMNO kerana 'terkejut'

Rosli Daud: keluar UMNO kerana 'terkejut'

Written By Unknown on Wednesday 14 May 2014 | 04:43



Roslee Daud
Tindakan saya itu satu tindakan yang terburu-buru jugak.
“Pertama sekali saya nak minta maaf kepada pengundi saya dan kepada ahli Parti samada di Parlimen Dungun mahupun Bukit Besi atas keputusan yang telah saya buat,”


PUTRAJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Besi, Roslee Daud mengakui membuat keputusan terburu-buru ketika mengambil keputusan untuk keluar UMNO.
Beliau mendakwa membuat keputusan itu selepas terkejut dengan berita pertukaran Menteri Besar di Terengganu.
Roslee turut mendakwa keputusan awal yang dibuat oleh beliau diambil tanpa dipengaruhi oleh sesiapa sebaliknya, dan mengaku ia merupakan kesilapan dirinya sendiri.
“Tanpa arahan sesiapa. Itu adalah keputusan saya dan pertimbangan yang saya buat ketika itu. Sebab terkejut dengan keputusan sebab sebelum ini keputusan yang telah dibuat ini kita semua tidak sedar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas sesi pertemuan antara ADUN Barisan Nasional Terengganu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Perdana Putra.
Pada masa sama, Roslee cukup yakin bahawa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan kembali ke pangkuan UMNO.
Tindakan Rosli menarik balik surat keluar daripada UMNO dan kembali menjadi wakil rakyat BN telah mendapat liputan meluas media kerana ia bakal menjerumuskan Terengganu ke dalam krisis politik yang boleh membawa kepada pertukaran pentadbiran kerajaan negeri.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger