KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim telah dilantik sebagai presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkuatkuasa 2 Jun.
Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat penggal perkhidmatan pada 1 Jun.
Menurut Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, pelantikan itu dibuat oleh ketua perlembagaan universiti itu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
Rais dijadual mengadakan sesi khas dengan media di kampus utama UIAM di Gombak pada Jumaat.
Rais, bekas anggota Parlimen Jelebu memulakan kerjayanya dalam kerajaan sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Inggeris Kota, Rembau, Negeri Sembilan pada 1961.
Beliau kemudian menceburi politik pada 1967 dengan menyertai cawangan Umno Triang di Jelebu dan sejak itu memegang pelbagai jawatan, termasuk menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno bagi penggal 2008/2011. - Bernama
ADA BANTAHAN?: Rais Yatim dilantik Presiden UIAM
Written By Unknown on Sunday, 7 July 2013 | 07:36
Related Articles
- Mara under fire for asking non-Muslims to name prophets of Islam
- Muhyiddin: Universiti Ohio kini tawar pengajian Bahasa Malaysia
- Education ministry unearths circular from 1976 allowing religious activities in school
- Video : Tonton sampai akhir, inilah realiti dan risiko pelajar
- Video: (tonton sampai akhir..) Realiti pelajar sekolah hari ini
- DPM: I will never eat pork to get votes from Chinese
Labels:
PENDIDIKAN,
POLITIK
Post a Comment