- Published on Thursday, 18 July 2013 13:03
- Written by Te@M I.T
KUALA BESUT, 18 Julai : YB Nik Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan dalam ceramahnya di Bukit Puteri semalam telah menyebut "kita tak menghalang daripada rakyat menerima wang dari UMNO kerana wang yang diberi itu adalah duit rakyat, diberi wang kita ambil, tak beri kita minta" katanya dalam nada berseloroh.
Menurut beliau, PAS tidak menjanjikan apa-apa janji material dan pembangunan ketika pilihanraya seperti yang dibuat oleh UMNO kerana matlamat perjuangan PAS bukanlah untuk dunia semata-mata tetapi PAS mahu menyebarkan ajaran islam kepada masyarakat.
Kerja-kerja pembangunan dan kebajikan rakyat adalah menjadi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi sesiapa sahaja yang memegang tampuk pemerintahan samada PAS atau UMNO.
RAKYAT BERTUAH JIKA MENANGKAN PAS
Beliau turut mengatakan bahawa rakyat Kuala Besut bakal menjadi rakyat yang bertuah andai PAS menang di sini, kerana kemenangan ini akan mencatatkan sejarah pertama 16-16 kerusi di dalam senario politik tanah air , di mana kerajaan dan pembangkang memegang jumlah kerusi yang sama .
Selain itu, menyokong pas adalah tanda mereka menyahut seruan Al-Qur'an dan mengambil semangat Ramadhan untuk terus mengajak ke arah melaksana Islam secara menyeluruh di dalam kehidupan.
Di samping itu, Nik Amar mengatakan PAS ingin menjadi pembangkang yang kuat kerana ianya dapat menjaga kepentingan rakyat. Apabila kerajaan melihat pembangkang kuat, mereka akan lebih berhati-hati dalam sebarang tindakan.
Jika pembangkang lemah, mereka akan terus mengabaikan rakyat kerana tindak tanduk mereka tidak diganggu gugat.
"Terengganu adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi berbanding Kelantan, tetapi maaf ambo tengok taraf hidup rakyat masih sama dengan rakyat Kelantan, kalu pangkoh UMNO tapi hidup serupo dengan orang Kelantan, masih miskin, baik pakatpakat kito ubah, pakat-pakat pangkah PAS pulok" ujar beliau sebelum mengakhiri ceramah.
Turut menyampaikan ceramah semalam adalah Leman Raja Lawak dan Ustaz Mat Nor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu. Che Long, calon PAS di kawasan Kuala Besut sempat hadir pada pengakhiran ceramah dan turut memberi ucapan untuk meraikan penduduk.
Post a Comment