Home » , , , » Hanafiah: Kuala Besut akan mengajar penguasa erti sebuah kerajaan. (Sekitar PRK N01)

Hanafiah: Kuala Besut akan mengajar penguasa erti sebuah kerajaan. (Sekitar PRK N01)

Written By Unknown on Wednesday, 17 July 2013 | 08:25

HAJI HANAFIAH MAT

HAJI HANAFIAH MATMenjalankan tugas semata-mata katanya di bazar ramadhan yang disediakan oleh PAS. Bukan tugas di atas arahan Menteri Besar yang bodoh tetapi YB Menteri Besar yang terhormat dan berhormat. Ketahuilah menjadi kelaziman dan kebijaksanaan Al-quran menceritakan dan memberi peringatan kepada manusia dengan ayat yang kasar dan tegas dan pada masa yang sama berita gembira kepada orang beriman. 

Bahkan di sana ayat2 yang melaknat di atas kejahatan musuh Islam bahkan pengikut2 pemimpin yang zalim. Marilah kita mengambil pengajaran dan beramal dengan Islam bukan dengan kebijaksanaan akal fikiran dan kajian manusia semata-mata. Bukan dengan kecerdikan ilmu ysng dikaji oleh manusia.

Kita mestilah menjadikan quran dan hadis sebagai petunjuk dalam sebarang tindakan termasuk kata-kata bukan berdasarkan nafsu dan amarah semata-mata. Di sana ada manusia yang menjadi lembut dengan perkataan yang lembut dan ada manusia yang berubah dengan ketegasan yang digunakan. Begitulah hebatnya mukjizat al-quran yang diturunkan dibulan yang mulia ini. Dibacakan oleh Nabi s.a.w kepada para sahabat sehinggalah sampai kepada kita umat akhir zaman yang bijak akal fikiran dan strategi dan ilmunya tetapi quran mengajar ilmu yang lebih bijak dan tidak boleh mengatasi ilmu manusia.

Seterusnya kemenangan Islam pasti akan berlaku. Jangan kita fikir kemenangan anugerah Allah ini suatu yang diberikan dek tugas dan kerja yang hebat yang kita lakukan. Jentera perjuangan ini adalah usaha dan kemenangan Islam adalah anugerah daripada Allah. Maka PAS tidak pernah merasa kalah bahkan yakin sedang meniti kemenangan maka PAS konsisten serta terus berjuangan dan menjadi parti yang matang mengenal erti demokrasi bahkan keadilan yang perlu dilaksanakan.

Tugas dan amanah ini sangat berat di mana ujian yang dahsyat kepada utusan Allah sehingga ada nabi2 yang merasakan amat berat sehingga terpaksa meninggalkan kaumnya. Perjuangan mereka sangat berat dan bukan dibibir mulut sahaja bahkan dihujani dengan ujian supaya manusia kembali kepada Islam. Apabila manusia kembali kepada Islam, rakyat akan menjadi aman. Tidak perlu diucap untuk kita bersatu kerana Allah akan menyatukan hati manusia apabila mereka kembali kepada islam. Ekonomi semakin meningkat, suasana politik menjadi baik dan masing2 mencari dan memilih pemimpin yang amanah untuk menjadi kerajaan. Tugas ini terpaksa dipikul oleh setiap umat Islam selagi syariat islam tidak tertegak di bumi Islam ini. Kuala Besut akan mengajar penguasa erti sebuah kerajaan. InsyaaAllah.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger