Adik Mohammad Qayyim Nizar Bin Sarimi, 14 tahun daripada Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Melor, Kelantan telah mencipta sejarah apabila beliau
sekali lagi telah dinobatkan sebagai Juara Tilawah Peringkat Kebangsaan 2013
yang telah diadakan di SMAKL pada 25-26hb Mei 2013 baru-baru ini.
Qayyim adalah satu-satunya peserta yang cacat penglihatan (yang telah
menggunakan Qur'an Braille) yang telah sampai ke tahap ini sehingga berjaya
mengalahkan johan-johan tilawah daripada semua negeri di seluruh Malaysia.
Qayyim terus mengulangi sejarah kecemerlangan yang telah dicapainya sejak
beberapa tahun yang lalu.
Adik Qayyim pernah menjadi Johan Pertandingan Azan Peringkat Kebangsaan pada
tahun 2006-2007 dan kemudiannya Johan Tilawah Kebangsaan Sekolah Rendah
Peringkat Kebangsaan pada tahun 2010 dan juga 2011.
Walau pun dilahirkan dengan kecacatan penglihatan, namun kekurangan ini tidak
menghalangnya untuk cemerlang dalam pelbagai bidang.
Mohamad Qayyim juga pernah dinobatkan sebagai naib juara program realiti
Adik-Adikku anjuran JAKIM dan RTM pada tahun 2010.
Semoga adik Qayyim akan terus membesar menjadi tokoh yang hebat seumpama
Abdullah Ibn Makhtum r.a mahu pun seperti tokoh-tokoh ulama silam yang
tersohor.
Source: via 

Post a Comment