Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Widayati Abdol Aziz, 41, berdiri menunggu bantuan di lorong kecemasan lebuh raya selepas kemalangan sejam sebelum itu, yang meragut nyawa anaknya, Muhammad Shafiq Mohd Yusob, 15.
Tiga lagi ialah kakak Widayati, Kamariah, 50, yang tiba di tempat kejadian dari Jasin, Melaka, selepas dihubungi adiknya serta orang awam, Ismail Na'emat, 55 dan Khairul Hasni Abd Ghani, 40, yang berhenti di situ untuk membantu.
Widayati yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaa'far Seremban (HTJS), tetapi meninggal dunia kira-kira jam 12.50 tengah malam.
Saksi kejadian, Jamal Mohd Mustafa, 52, berkata dia dalam perjalanan dari Putrajaya ke Pedas, Rembau apabila ternampak sebuah kereta dan satu mayat terbaring di lorong kiri lebuh raya.
BH
“Saya keluar membantu dengan berdiri di tempat kejadian dan melambaikan tangan bagi mengelakkan kenderaan lain melanggar mayat kerana kawasan itu gelap dan menuruni bukit.
Pemandu larikan diri
“Tiba-tiba sebuah kereta dipandu laju, masuk ke lorong kecemasan lalu melanggar Widayati dan beberapa orang lain,” katanya.
Jamal berkata, dia cuba mengejar pemandu kereta berusia 20-an yang keluar dari keretanya untuk melihat kejadian itu, tetapi lelaki itu masuk semula dalam kereta dan memecut melarikan diri.
Dalam kemalangan sebelum itu, Widayati bersama tiga anaknya yang dalam perjalanan pulang dari rumah Kamariah di Melaka ke rumahnya di Klang, Selangor.
Kereta dipandunya dipercayai terbabas menyebabkan Muhammad Shafiq, tercampak dari tempat duduk belakang dan meninggal dun
Post a Comment