Home » , , , » intipati ucapan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Muhammad Badie :

intipati ucapan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Muhammad Badie :

Written By Unknown on Tuesday, 9 July 2013 | 05:00

Jumaat I 05 Julai 2013 I

1) Jutaan penyokong Dr.Muhammad Mursi akan kekal di medan-medan perhimpunan "duduklah di tempat kamu sehingga Dr.Muhammad Mursi dikembalikan menjadi Presiden."

2) Kepada tentera kembalilah menyertai rakyat Mesir. Manakala tugas kamu adalah menjaga undang-undang dan tugas kami memastikan pembebasan Dr.Muhammad Mursi dan memastikan beliau kembali menjadi presiden Mesir.

3) Perhimpunan aman kami ini adalah lebih kuat dari peluru-peluru dan kereta-kereta kebal kamu, kami tidak gentar dalam menyatakan yang benar.

4) Sepatutnya kamu korbankan roh kamu mempertahankan rakyat mesir, jangan kamu korbankan rakyat Mesir untk mendapatkan habuan pangkat.

5) Syeikh Azhar adalah lambang agama, tetapi tidak boleh disamakan dengan kehendak dan kemahuan rakyat Mesir.

6) Begitu juga ketua paderi, kamu bukan mewakili keseluruhan penganut kamu, ada juga diantara mereka yang menyokong Dr.Muhammad Mursi.

7) Kami sanggup mempertahankan leher-leher kami demi memastikan Presiden kami berkuasa.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Source
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger