Home » » PAS akan dedah penyelewengan tanah Kuala Besut

PAS akan dedah penyelewengan tanah Kuala Besut

Written By Unknown on Friday, 19 July 2013 | 08:43

KUALA LUMPUR: PAS Terengganu telah bersiap sedia dengan pelbagai isu, termasuk berhubung penyelewengan tanah yang dilakukan oleh para pemimpin Umno, untuk didedahkan di Kuala Besut.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, penyelewengan tanah yang dilakukan oleh para pemimpin Umno Terengganu di Kuala Besut terutamanya membabitkan tanah-tanah di Bukit Kuang.
Menurut beliau, tanah-tanah di kawasan itu telah dibahagi-bahagikan oleh para pemimpin Umno kepada semua wakil rakyat di Terengganu, manakala rakyat yang tiada tanah terus tidak berpeluang memiliki tanah.
"Kesemua wakil rakyat itu daripada Umno. Tak ada seorang pun wakil rakyat daripada PAS yang diberikan tanah-tanah itu. Pada hal wakil-wakil rakyat itu dah banyak wang.
"Mereka boleh beli tanah di tempat lain, tetapi kesemua tanah-tanah itu telah diberikan kepada wakilwakil rakyat daripada Umno.
"Sepatutnya tanah-tanah itu diberikan kepada rakyat, terutama yang tinggal di Kuala Besut yang masih belum memiliki tanah. Ini satu tindakan yang keterlaluan dan jelas menzalimi rakyat," katanya ketika dihubungi 9 Julai lalu.
Adun Wakaf Mempelam itu juga berkata, isu tanah sememangnya menjadi isu yang amat sensitif bagi rakyat, terutama pendudukdi kawasan itu dan ia pasti akan memberikan kesan baik kepada PAS apabila didedahkan dalam kempen PRK Dun Kuala Besut nanti.
"Sekarang pun kita dah boleh lihat, mood rakyat memang cukup baik. Kita akan berusaha keras untuk memastikan Dun Kuala Besut akan menjadi milik PAS nanti, bagi menjadikan kedudukan kerusi-kerusi di Dun Terengganu 16:16," katanya.
Seluruh rakyat Terengganu, menurut beliau, kini sedang tertanya-tanya perkembangan yang akan berlaku di negeri itu jika kedudukan 16:16 itu menjadi kenyataan, sejajar dengan hasrat rakyat untuk melihat perubahan di negeri itu.
"Kalau PAS menang di Kuala Besut nanti dan kedudukannya menjadi 16:16, pasti adalah perubahannya.
Untuk melihat perkembangan seterusnya, para pengundi di Dun Kuala Besut kenalah mengundi PAS. Dengan itu baharulah dapat diketahui perkembangan selanjutnya nanti," ujar beliau.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger