Home » , , , » PEMBANGKANG SYRIA MINTA JAGA KESELAMATAN RAKYAT SYRIA DI MESIR

PEMBANGKANG SYRIA MINTA JAGA KESELAMATAN RAKYAT SYRIA DI MESIR

Written By Unknown on Tuesday, 16 July 2013 | 09:45

Sumber Ikhwanonline: Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang rejim Syria menyeru kumpulan penentang rejim zalim itu untuk menjaga keselamatan rakyat Syria yang berada di Mesir. Ini berikutan terdapat sebahagian media dan kumpulan wartawan Mesir yang melancarkan 'perang' secara terbuka kepada rakyat Syria yang menetap di Mesir selepas rampasan kuasa 3 Julai lalu.

Kenyataan rasmi pertubuhan tersebut juga berkata, mereka dikejutkan dengan pendirian dan kenyataan agresif itu melalui media-media Mesir yang berbeza pendiriannya dengan Presiden Mursi yang mengalu-alukan pelarian Syria ke Mesir sebagai "saudara" rakyat Mesir, bukan sebagai "pelarian". 

Pelarian Syria di negara Mesir dianggarkan melebihi 100,000 orang dan mereka menjalani kehidupan seperti rakyat Mesir lain sepanjang pemerintahan Mursi. Malangnya terdapat dikalangan mereka yang dihantar pulang selepas disenarai mereka yang dikehendaki oleh rejim Basyar.

Akhukum Abdul Malik -
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger