Home » » PRK KUALA BESUT: POLIS TRAFIK PUTUS KAKI

PRK KUALA BESUT: POLIS TRAFIK PUTUS KAKI

Written By Unknown on Wednesday, 17 July 2013 | 05:32

BESUT - Seorang pegawai polis, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33 putus kaki kanan akibat dilanggar sebuah kereta ketika sedang menjalankan rondaan pemeriksaan pusat mengundi sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut di sini semalam.
Kejadian pukul 4.40 petang itu berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan Alor Peroi ketika mangsa yang dipinjam dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka sedang menjalankan tugas bersama Asisten Superintendan Zainalabidin Othman yang meronda beberapa pusat mengundi.
Menurut Zainalabidin, sebelum kejadian dia baru selesai memeriksa pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Peroi dan sedang menuju untuk menjalankan tugas seterusnya di SK Kampung Baru bersama mangsa.
"Tiba-tiba saya nampak sebuah kereta jenis Proton Saga dari arah bertentangan memotong sebuah kenderaan dengan laju menuju ke arah saya.
"Saya cuba mengelak tetapi dalam hati saya
terdetik mungkin rakan saya yang mengekor kira-kira 15 meter di belakang tidak dapat mengelak," katanya ketika ditemui di Hospital Jerteh di sini, semalam.
Jelasnya, dia terus menoleh dan mendapati kereta tersebut menghempap tembok sekolah manakala rakannya terbaring dan kaki kanannya dari paras lutut ke bawah hilang.

"Saya cuba menenangkan rakan saya tapi dia terus merintih kata kenapa dia kena langgar. Apa dosa dia," katanya.
Jelasnya, dia kemudiannya mencari kaki kanan rakannya itu yang berada bersama runtuhan tembok sekolah yang roboh kira-kira lima meter dari tempat dia jatuh.
Menurutnya, rakan mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Alias Hashim ketika dihubungi memberitahu pemandu kenderaan seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger