Kerajaan sementara Mesir menyuarakan ketidakpuasan hati Selasa lalu berkenaan komen Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang menyatakan sokongan terhadap presiden yang digulingkan, Muhammad Mursi."Menteri Luar melahirkan rasa tidak puas hati akan komen-komen sebegini yang jelas mencampuri hal ehwal dalaman Mesir," Kata jurucakap Badr Abdelatty.
Pada Ahad lepas, Erdogan telah menegaskan bahawa Mursi, presiden yang dilantik secara demokratik lalu ditumbangkan oleh rampasan kuasa tentera dengan sokongan popular pada 3 Julai, adalah satu-satunya Presiden Mesir yang sah.
Sumber: AlJazeera
#mesirkini





Post a Comment