Home » , , , » Recep Tayyip Erdogan tolak bertemu Muhammad Al-Baradei

Recep Tayyip Erdogan tolak bertemu Muhammad Al-Baradei

Written By Unknown on Tuesday 16 July 2013 | 08:06

[Penolakan Abdullah Juul dan Erdogan terhadap Baradei dan Mansour : Kami tidak mengenali presiden Mesir kecuali Mursi]

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menolak permintaan untuk bertemu dengan Muhammad Al-Baradei, anggota Barisan Penyelamat, dan salah seorang dari pengkomplot rampasan kuasa tentera ke atas presiden sah Mesir Dr Muhammad Mursi .

Turut tertulis dalam keratan akhbar "Aksham" Turki, Erdogan menolak pertemuan itu kerana mengira bahawa ianya adalah salah satu percubaan bagi menghalalkan rampasan kuasa tentera ke atas presiden Mursi, dan sudah pasti itu adalah sesuatu yang tidak dipersetujui oleh Erdogan dengan bantahan yang keras, beliau juga mengesahkan bahawa Turki tidak mengenali presiden sah Mesir kecuali Dr Mursi.

Tambahan, bahawa presiden Turki Abdullah Juul telah pun menolak pelawaan bertemu mereka pada hari Isnin yang lepas selepas menerima surat daripada Adly Mansour-yang telah dilantik oleh As-Sisi yang diterima dari kedutaan Mesir di Ankara.

Penolakan ini adalah sebagai bantahan dari mengiktiraf kelangsungan kerajaan baru di Mesir. Mereka menegaskan "Kami tidak mengenali presiden Mesir selain Mursi"

Sumber : IkhwanOnline
‪#‎mesirkini‬
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger