Home »
PRK Kuala Besut
» Sekitar PRK Kuala Besut - Hanafiah : .....Mereka bagi duit ambil, minta lebih kalau boleh
Sekitar PRK Kuala Besut - Hanafiah : .....Mereka bagi duit ambil, minta lebih kalau boleh
MENGAPA PAS MESTI MENANG PRK K.BESUT
PRK k.besut bukan
lagi pilihanraya kecil tetapi pilihanraya yang menjadi tumpuan semua masyarakat
termasuk penganalisa politik dalam dan luar negara. PRK ini menjadi suatu tanda
tanya dan semua rakyat bahkan dunia ingin melihat apa akan jadi pentadbiran yang negerinya
ditadbir dengan 16/16 kerusi. Oleh itu Umno bertungkus lumus berusaha untuk
menang dun kuala besut dengan meletakkan calon berpendidikan tetapi tidak
mengenal dan merasai denyut nadi dan kesusahan rakyat. Maka jika Umno menang
tidak memberi faedah kepada rakyat. Rakyat terengganu di bandar dan pinggir
bandar berani membuat perubahan bermula daripada kuala terengganu, dungun
bahkan di chukai kemaman yang penduduknya ramai nelayan sama seperti kuala
besut. Maka, penduduk k.besut perlu berani untuk mengajar Umno dengan
menjadikan 16/16 supaya perubahan dapat berlaku dan kehidupan rakyat semakin
baik.
Penduduk k.besut perlu sedar bahawa Umno gagal
mentadbir negeri dengan baik. Pendapatan hasil minyak yang melebihi 1 bilion
tidak sepatutnya taraf hidup penduduk kuala besut dibiarkan dan diberikan janji
manis apabila tiba PRK. Padahal adun Umno mengambil tanah rakyat dengan
sewenang-wenangnya lebih awal dan masalah tanah rakyat pun tidak mampu
diselesaikan. PAS mampu menjadikan pegawai tanah negeri Terengganu sebagai
contoh dan teladan kepada seluruh Malaysia sebagai sebuah jabatan yang paling
cekap dalam menyelesaikan isu tanah sewaktu kita mengambil alih terengganu
walaupun dalam masa 4 tahun. Sudah tentu menjadi perbahasan hangat di parlimen.
Banyak kebajikan tertangguh akibat tindakan kejam
kerajaan persekutuan yang menyebabkan royalti ditarik sehingga urusan
pentadbiran menjadi sukar ketika itu. Semua ini diketahui oleh rakyat dan sebab
itu kita melihat daripada 4 kerusi dun menjadi 8 kerusi tahun 2008 dan PRU 13
menjadi 15 kerusi yang menunjukkan PAS bukan ditolak oleh rakyat tetapi
dicantas oleh Umno dengan penipuan. Saya yakin rakyat ingin melihat Pakatan
Rakyat mentadbir Terengganu dan membuat perubahan menjadi negeri berkebajikan
seperti selangor yang hasil pendapatan negeri lebih kurang dengan Terengganu.
Namun rakyat selangor mendapat air percuma, caruman anak yang lahir, wang
kepada pelajar yang masuk ke universiti dan khairat kematian yang tidak mampu
dibuat oleh kerajaan Umno di Terengganu. Padahal di negeri kita tidak
seharusnya ada seorang pun rakyat yang miskin berdasarkan kepada hasil negeri
dan jumlah penduduk.
Rakyat di Kuala Besut mesti buktikan kuasa rakyat
adalah kuat dan penting. Umno akan menggunakan apa saja untuk menang tetapi
rakyat mesti buat perubahan di kuala besut. Jika sekiranya kawasan
berpendidikan di bandar dan pinggir bandar menyokong PAS dan pakatan rakyat,
mengapa penduduk kuala besut tidak boleh buat perubahan? Jika sekiranya rakyat
di chukai yang agak sukar untuk menang sebelum ini boleh berubah dengan
perubahan mendadak, mengapa rakyat kuala besut tidak boleh? PAS pernah menang
di kuala besut, bukan sentiasa kalah. Sebab itu Umno bimbang dan suasana
menunjukkan PAS akan menang di kuala besut kali ini. Kebanyakan penduduk pula
rata2 mengenali calon yang kita tampilkan kerana mereka tahu mereka tidak
memerlukan calon muda yang tidak berguna untuk kebaikan rakyat. Sekadar untuk
menjadi pencacai dan menjaga kroni, tidak langsung memahami kesusahan rakyat di
bawah.
16/16 ini penting buat rakyat, bukan parti PAS
semata-mata. Ini menjadikan kerusi di dalam dewan sama rata dan seluruh dunia
ingin menyaksikan bagaimana pentadbiran negeri ini nanti. Maka sejarah ini
mesti diukir oleh rakyat kuala besut. Rakyat kuala besut adalah kuasa penentu
yang menggerunkan Umno BN dan sekarang rakyat cuba dibeli dan diugut dengan
kesusahan yang menjadi tabiat Umno dalam kempen mereka. Mereka hilang modal
hujah melainkan fitnah. Kita mengharapkan semua jentera dan rakyat kuala besut
faham dan mereka faham mengapa mesti mengundi PAS sewaktu hari pengundian
nanti. Pastikan seluruh kaum keluarga mereka mengundi PAS walaupun dalam diam,
pada masa yang sama ambil semua apa yang UMNO bagi. Jadi rakyat yang cerdik
agar Umno diperbodohkan. Jangan kita rakyat di bawah menjadi mangsa. Mereka
bagi duit ambil, minta lebih kalau boleh. Ini yang dibuat di kawasan lain
sehingga Umno sakit hati sekarang. Sakit hati sebab tak mampu perbodohkan
rakyat. InsyaAllah, 16/16 adalah permulaan untuk kita mengambil alih semula
negeri Terengganu di atas petisyen yang dibuat dan menjadikan Negeri ini Maju
dan Berkebajikan.

Post a Comment