Home » , , , » Syarikat tidak berwibawa dapat tanah 200 ekar di Pulau Perhentian

Syarikat tidak berwibawa dapat tanah 200 ekar di Pulau Perhentian

Written By Unknown on Friday 19 July 2013 | 02:52

BESUT: PAS mempersoal tindakan Kerajaan Negeri Terengganu yang memberikan tanah seluas 200 ekar di Pulau Perhentian kepada sebuah syarikat yang 'tidak berwibawa'.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, syarikat tersebut pula hanya dikenakan bayaran premium rendah hanya sebanyak RM21,000.

Lebih menyedihkan katanya, syarikat tersebut telah menjual pula tanah-tanah strategik di pesisir pantai itu kepada pihak ketiga.

"Ini lebih kepada buat untung atas angin. Kenapa jual kepada pihak ketiga. Kalau ianya sebuah syarikat yang berwibawa, sepatutnya dia majukanlah.

"Orang kampung duduk bertahun-tahun, permohonan mereka untuk mendapatkan tanah dibekukan, namun syarikat ini dapat mudah-mudah," katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu pada sidang media di Markas Besar PAS PRK Kula Besut di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta penjelasan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berhubung pendedahan tersebut.

Pada sidang media sama, Husam yang juga pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi PRK Kuala Besut turut mendedahkan bahawa seperti terdapat usaha untuk mengambil tanah dari penduduk di pulau tersebut.

Beliau mendakwa mendapat maklumat berhubung kerja-kerja mengukur 40 lot tanah di kawasan tersebut.

Menurutnya tanah-tanah tersebut dikatakan untuk projek pengindahan Pulau Perhentian dan berkemungkinan penduduk di situ akan dipindahkan ke tempat lain.

Oleh yang demikian katanya, jika PAS menang pada PRK Kuala Besut ini, ianya akan menguatkan suara PAS di dewan undangan negeri dengan kedudukan 16:16 sekaligus boleh membantah tindakan mengambil tanah dari penduduk ini.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20872-syarikat-tidak-berwibawa-dapat-tanah-200-ekar-di-pulau-perhentian
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger