Home » , » Usah tunggu 48 jam berakhir untuk kita mula berdoa

Usah tunggu 48 jam berakhir untuk kita mula berdoa

Written By Unknown on Monday, 8 July 2013 | 03:07

Ramai yang menanti penuh minat pengakhiran tempoh 48 jam yang di berikan oleh pihak tentera.


Ramai yang menjangka pelbagai situasi selepas 48 jam itu berakhir.
Malah ramai juga yang masih tidak peduli dengan apa berlaku dalam tempoh 48 jam itu.

Sedangkan berapa ramai pemuda kebenaran gugur mempertahankan kebenaran.
Sedangkan berapa ramai yang tetap pendirian mereka tidak berganjak walau seinci demi mempertahankan kebenaran.

Usah tunggu 48 jam berakhir untuk kita mula berdoa, mula merintih kepada Tuhan Maha Perkasa.

Usah liat menadah tangan memohon pertolongan kepada Yang Esa demi mempertahankan Islam di bumi Anbiya ini.

Andai pemuda-pemuda mereka berada di barisan hadapan. Menjadikan tubuh badan mereka sebagai perisai kepada kedaulatan Islam. Di mana sumbangan kita?. 

Paling kurang menadah tangan merintih memohon bantuan dari Yang Maha Perkasa.

“Wahai Tuhan Raja Segala Raja. Penghulu Segala Kekuatan. Pemilik Gelombang Segala Kekuasaaan. Tetapkanlah hati para pemuda kebenaran. Tabahkan hati pemimpin kebenaran. Cabutkanlah ketakutan di hati mereka dalam pertahankan kebenaran. Hadirkanlah kekuatan tanpa batas di hati mereka dalam mendaulatkan kebenaran. Bantulah mereka yang di ancam segenap penjuru. Hadirkan lah singa-singaMu dalam memimpin kebenaran ini. Hanya Engkau Maha Mengetahui di Sebalik Yang Terjadi. Hanya Engkau Pemilik Kekuasaan Kekal Abadi".
Source


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger