SUDAH
ADA DI PASARAN! Tiga buah novel yang memaparkan kisah perjuangan tiga
orang tokoh wanita di tiga penjuru dunia yang berasingan. MARYAM
JAMEELAH, seorang wanita Yahudi yang berjuang menentang kezaliman
bangsanya terhadap orang-orang Islam di
Palestin. beliau yang tinggal di Amerika Syarikat akhirnya mendapat
petunjuk Ilahi dan kemudiannya memeluk agama Islam. Beliau kemudiannya
berhijrah ke Pakistan atas undangan Syeikh Abul A'la Maududi.
Sejak itu
beliau berjuang mempertahankan kesucian ajaran Islam melalui mata
penanya. SHAMSIAH FAKEH, seorang pejuang kemerdekaan yang terpaksa masuk
ke dalam hutan semata-mata untuk berjuang menentang penjajah Inggeris.
adakah wanita lulusan Sekolah Tinggi Agama di Kuala Pilah dan anak murid
kepada Lebai Maadah serta pernah menuntut pengajian agama di Indonesia
ini seorang komunis? benarkah beliau telah mencampakkan dan
menghempaskan bayinya ke atas batu ketika di dalam hutan?
Ikutilah kisah
hidupnya yang sebenar di dalam novel ini. Ketika dunia sedang
memerhatikan apa yg berlaku di Mesir, bacalah kisah perjuangan ZAINAB
AL-GHAZALI yang merupakan ketua sayap wanita Ikhwanul Muslimin.
Dapatkah
gambaran sebenar bagaimana Gamal Abdul Nasser menggulingkan Raja Farouk
dengan bantuan Ikhwanul Muslimin dan kemudiannya bertindak
menghumbankan para pemimpin Ikhwan kerana ketamakan kuasanya sama
seperti yang dilakukan JENERAL AL-SISI LAKNATULLAH di Mesir sekarang.
Ikuti kisah bagaimana Zainab Al-Ghazali dikurung di dalam sel penjara
bersama-sama sekumpulan anjing yang garang agar tubuhnya dijadkan
santapan anjing-anjing tersebut. Juga ikuti kisah bagaimana seorang
banduan jahat diarahkan untuk memperkosa beliau. Adakah beliau
terselamat daripada tindakan zalim Gamal Nasser dan konco2nya itu.
KETIKA KITA MASIH MERAYAKAN HARI RAYA KORBAN INI, BACALAH KISAH
PENGORBANAN KETIGA-TIGA TOKOH WANITA INI, diolah dan digambarkan dari
sudut kaca mata seorang lelaki.
(3 photos)
Post a Comment