Home » , , , , , , » angat Dua: Kerajaan guna Akta Bekalan Air Negara jika gagal capai persetujuan

angat Dua: Kerajaan guna Akta Bekalan Air Negara jika gagal capai persetujuan

Written By Unknown on Tuesday, 12 November 2013 | 16:20

Kerajaan pusat boleh mengambil tindakan mengikut Akta Bekalan Air Negara jika gagal mendapat persetujuan kerajaan negeri Selangor untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat Dua.
Langat Dua: Kerajaan guna Akta Bekalan Air Negara jika gagal capai persetujuanMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar) berkata langkah itu dibuat atas kepentingan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.
"Projek ini sepatutnya siap pada Mac 2014 iaitu tahun depan. Ia telah tertangguh kerana kerajaan negeri telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk membekukan kebenaran merancang iaitu 'Development Order'.
"Sehubungan itu, pihak kementerian menggesa kerajaan negeri selangor untuk bekerjasama mencari jalan penyelesaian muktamad mengenai bekalan air di negeri itu, sekali gus mengeluarkan 'Development Order' iaitu kebenaran merancang kepada projek-projek rawatan air Langat Dua ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab Charles Santiago (DAP-Klang) yang mencelah pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat di sini, malam ini.
"Projek Langat Dua ini hendaklah dibenarkan beroperasi dan seharusnya siap pada tahun 2014. Sekiranya persetujuan (membenarkan) tidak dapat dicapai, keadaan air di Selangor akan teruk," katanya. - Bernama, 12 November, 2013.The Malaysian Insider
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger