Home » , , , » Muhyiddin: Universiti Ohio kini tawar pengajian Bahasa Malaysia

Muhyiddin: Universiti Ohio kini tawar pengajian Bahasa Malaysia

Written By Unknown on Tuesday, 12 November 2013 | 16:52

Muhyiddin: Universiti Ohio kini tawar pengajian Bahasa MalaysiaUniversiti Ohio (OU) kini menawarkan pengajian Bahasa Malaysia buat pertama kali, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).
Beliau berkata, 14 pelajar muda Amerika dan antarabangsa sedang mempelajari bahasa itu.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, mengucapkan tahniah kepada Prof Dr Habibah Ashari, pemegang Kursi Tun Abdul Razak di universiti itu pada masa ini, kerana mengambil inisiatif mengadakan kursus itu dan Pusat Pengajian Antarabangsa OU kerana menyokong langkah itu.
"Kepada wanita dan lelaki muda saya ingin menyatakan, belajar satu bahasa baharu mungkin sukar tetapi ia akan memperkukuh kecerdikan anda.
"Kami berharap OU akan terus menawarkan Bahasa Malaysia kepada pelajarnya," katanya dalam ucaptama semasa melancarkan program Outreach Malaysia@Ohio University: Meraikan Lima Dekad Perkongsian Strategik di kampus OU di Ohio semalam.
Sementara itu, Habibah berkata, kursus bahasa yang diperkenalkan pada Ogos mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar OU berbanding beberapa kursus bahasa yang lain yang ditawarkan di universiti itu.
Katanya, mempelajari satu-satu bahasa adalah cara yang baik untuk mengumpul lebih banyak maklumat mengenai sesebuah negara dan rakyatnya. - Bernama, 13 November, 2013.The Malaysian Insider
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger