mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap
pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki, bulan lepas.
Rozita Awang, 35, didakwa menganiaya mangsa berumur setahun lapan bulan yang
berada di bawah jagaannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak
itu mengalami kecederaan fizikal atau emosi.
Ibu kepada enam cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan itu di ruang
tamu taska di Taman Melati, Sentul di sini pada 11.35 pagi, 18 Okt lepas
mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara
sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.
Suami wanita itu yang bekerja sebagai pemandu teksi hadir di mahkamah sambil
memangku anak bongsunya berumur setahun setengah di tempat duduk awam bersama
lima lagi anaknya yang berusia tiga hingga 10 tahun.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ahmad tidak menawarkan sebarang
jaminan terhadap tertuduh atas alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin tetapi
terpulang kepada budi bicara mahkamah sama ada untuk memberikannya atau tidak.
-- LAGI
MAHKAMAH-TASKA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Peguam Muhammad Syazwan Mohd Salleh yang mewakili tertuduh memohon anak
guamnya dibenarkan diikat jamin kerana mempunyai enam anak yang masih kecil dan
berasal daripada keluarga sederhana.
Muhammad Syazwan berkata anak guamnya memberikan kerjasama yang baik kepada
polis sepanjang tempoh reman enam hari dan suami tertuduh yang merupakan
penjaminnya berjanji akan membawa isterinya hadir di mahkamah pada perbicaraan
kes itu.
Rozita kelihatan menangis di dalam kandang tertuduh semasa peguamnya
berhujah mengenai jaminan.
Majistret Siti Shakirah Mohtaruddin membenarkan tertuduh diikat jamin
RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Dis untuk sebutan.
"Selepas mendengar rayuan peguam dan memandangkan tertuduh mempunyai anak
yang masih kecil dan menyusu badan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin,"
katanya.
Suami tertuduh membayar jaminan itu.
-- BERNAMA
BHA RV KLS NH
11/12/2013 17-33ST
Post a Comment