KUALA LUMPUR: Negeri Terengganu dijangka mendapat
Menteri Besar baru apabila calon pengganti Datuk Ahmad Said bakal
mengangkat sumpah jawatan malam ini.
Jemputan menghadiri majlis angkat sumpah jawatan itu telah dihantar
kepada para tetamu termasuk Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu
menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
(SUK) Terengganu.
Istiadat Perisytiharan Perlantikan dan Lafaz Sumpah Jawatan Menteri
Besar Terengganu itu akan berlangsung di Istana Syarqiyyah, Kuala
Terengganu jam 8.00 malam ini.
Sementara itu di KUALA TERENGGANU, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar
Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin
Umno negeri di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan siapa bakal menteri besar baharu Terengganu untuk menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, 57.
"Saya datang jumpa Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri)...seperti
dimaklumkan ada pertukaran (Menteri Besar), saya maklum balas dan mereka
terima dan tiada masalah, memang betul ada pertukaran.
"Kita tunggu (watikah pelantikan menteri besar baharu) daripada
Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) dengan pengesahan
daripada pihak Istana," katanya kepada kepada pemberita selepas selesai
perjumpaan itu.
Katanya pertukaran itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada
Umno di Terengganu kerana pemimpin negeri akur kepada keputusan pucuk
pimpinan parti, lapor Bernama.
The Star dalam laporannya menyebut Ahmad Said sudah pun
menghantar surat perletakan jawatan kepada Sultan Terengganu, Sultan
Mizan Zainal Abidin awal hari ini.
Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dijangka mengangkat sumpah jawatan menggantikan Ahmad Said.
Desas desus mengenai perletakan jawatan Ahmad Said bertiup kencang
ekoran prestasi buruk BN negeri dalam pilihan raya umum (PRU) 5 Mei
tahun lalu.
BN hanya memenangi 17 daripada 32 kerusi Dun, PAS (14) dan PKR (1).
Sumber memberitahu tempoh setahun diberikan kepada Ahmad Said untuk meletakkan jawatan secara terhormat.
Source
Home »
POLITIC WORLD
,
Politics
,
Politics (Malaysia)
,
Politics (Terengganu)
» Jemputan melalui SMS: T'ganu dapat MB baru
Post a Comment