Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN)
Terengganu berikrar menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada
Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Ikrar menyokong kepimpinan Adun Seberang Takir itu dinyatakan wakil
rakyat berkenaan dihadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan khas di
Bangunan Perdana Putra di sini, Rabu.
Adun Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, kesemua
Adun BN di Terengganu akan membantu Ahmad Razif meneruskan agenda
pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat.
“Tidak ada lagi keretakan, malah perpaduan antara kami makin kukuh.
“Apabila berlakunya isu ini dan selepas mengadakan pertemuan dengan
Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin, kami mendapat suntikan baharu.
Hubungan kami bertambah erat dan penuh kemesraan,” katanya kepada
pemberita di sini.
Terdahulu, Najib dan Muhyiddin mengadakan pertemuan tertutup dengan
Adun Terengganu yang diketuai Ahmad Razif bagi membincangkan mengenai
kemelut politik yang melanda negeri itu sejak Isnin lalu.
Bagaimanapun, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad tidak hadir pada
pertemuan itu atas faktor kesihatan. Hadir sama, Speaker DUN Terenggau,
Mohd Zubir Embong.
Home »
HIT PHOTO
,
Kontroversi (Politik)
,
POLITIC WORLD
,
Politics
,
Politics (Terengganu)
» MB Terengganu iberkrar menyokong kepimpinan Najib Tun Razak
Post a Comment