KUALA TERENGGANU 13 Mei - Datuk Ahmad Razif Ahmad yang baharu mengangkat
sumpah pelantikan malam tadi hampir pasti menjadi Menteri Besar
Terengganu yang paling singkat memegang jawatan itu dengan situasi
politik yang makin memuncak.
Hanya beberapa jam selepas itu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad
Said yang tidak menjangkakan kepemimpinan Pusat tetap meneruskan langkah
peralihan itu, mengisytiharkan keluar parti bersama-sama dengan Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib.
Ini disusuli dengan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud dan dijangka beberapa
ADUN lagi akan turut berbuat demikian akan menyebabkan Barisan Nasional
(BN) yang hanya berkuasa dengan kelebihan satu kerusi dalam pilihan raya
umum lalu tidak mampu lagi bertahan.
Dengan perkembangan terbaharu, kedudukan kerusi BN setakat ini sebanyak
14 kerusi, Pas (14), Parti Keadilan Rakyat (1) dan Bebas (3) dan hampir
pasti dibubarkan atau kesemua yang menentang proses peralihan itu
membentuk kerajaan bersama dengan pembangkang
http://www.rakyatnews.my/index.php/20140513175332/politik/razif-mb-paling-singkat
Razif MB Paling Singkat?
Written By Unknown on Wednesday, 14 May 2014 | 07:16
Labels:
POLITIC WORLD,
Politics,
Politics (Terengganu)
Post a Comment