Hanya
beberapa jam selepas majlis mengangkat sumpah Menteri Besar baru
Terengganu, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan
keluar Umno.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.
"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.
Saya
juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas
bagi DUN Kijal," katanya dalam surat yang diemelkan kepada AstroAWANI
lewat malam tadi.
Langkah Ahmad Said dituruti seorang lagi Adun
Umno, Ghazali Taib. Surat perletakan jawatan Adun Ajil itu dari semua
jawatan parti dan seterusnya keluar Umno dialamatkan kepada Setiausaha
Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan turut diemelkan kepada
AstroAWANI.
Salinan surat Ahmad dan Ghazali turut ditujukan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.
Ahmad
Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin bagi membuka ruang
kepada Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik
sebagai Menteri Besar baru.
Ahmad Razif mengangkat sumpah jawatan
di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana
Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.
Dengan perkembangan terbaru
ini, BN dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32
kerusi DUN Terengganu dengan PAS menguasai 14 kerusi dan PKR (1).
Baki dua lagi kerusi disandang Ahmad dan Ghazali yang mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.
Dalam
perkembangan berkaitan, sumber memaklumkan Adun Kemasik dan Adun Bukit
Besi juga gagal dihubungi mengakibatkan desas desus bertiup kencang
bahawa mereka juga mungkin mengikuti jejak Ahmad dan Ghazali.
Perkembangan terbaru ini meletakkan kerajaan BN negeri seperti di hujung tanduk.
Jika
dua Adun Bebas Terengganu ini menjadi ‘mesra Pakatan Rakyat’, besar
kemungkinan episod yang berlaku di Perak pada Februari 2009 berulang di
Terengganu.
Dengan kes duluan yang berlaku di Perak yang
mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri apabila dua Adun
PKR dan satu Adun DAP menjadi ‘mesra BN’, apakah kita akan melihat
perubahan kerajaan negeri dalam masa terdekat?
Ramai yang
terkejut dengan keputusan bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said
bertindak keluar dari parti keramat UMNO disaat seluruh negara tertumpu
kepada majlis angkat sumpah perlantikan Menteri Besar Terengganu yang
baru iaitu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman malam tadi.
Apa tidaknya,
Mat Said yang dilihat tidak muncul ketika majlis angkat sumpah Ahmad
Razif dihadapan Sultan Mizan Zainal Abdidin di Istana Syarqiyyah,
Chendering tiba-tiba umum keluar UMNO. Turut bersama beliau ialah ADUN
Ajil, Ghazali Taib.
Tindakan Mat Said dan Ghazali ini memberi
tamparan yang cukup hebat kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak
selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Dikala UMNO sedang menyambut perayaan ulangtahunnya yang ke-68 semalam, tiba-tiba "Tragedi 13 Mei" melanda negeri Terengganu.
Kedudukan
kerusi DUN kini sama iaitu 15-15 akibat tindakan Mat Said menjadi ADUN
Bebas. Malah, seandainya mereka berdua bertindak serupa seperti dua ADUN
PKR yang lompat parti dan menjadi ADUN Bebas di Perak dulu iaitu Osman
Jailu dan Jamaluddin Radzi.
Jika dulu, Menteri Besar Perak,
Ir.Nizar Jamaluddin digulingkan dan Dr.Zambry Kadir diangkat menjadi
Menteri Besar yang baru dalam satu krisis politik yang paling dasyat di
Malaysia kini apakah ia mungkin berlaku pula di Terengganu?.
Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Nizar dijatuhkan dengan taktik "lompat parti" dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP.
Kini,
di Terengganu tragedi yang sama mungkin berlaku bila dua ADUN BN
tiba-tiba mengisytiharkan diri mereka ADUN Bebas. Sesuatu yang
menakutkan buat PM Najib Tun Razak sebenarnya.
Di Perak dulu,
Najib adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang
dikatakan terlibat dengan konspirasi itu. Kini, Najib juga yang
memperkenankan pertukaran MB Mat Said kepada Ahmad Razif.
Tindakan
ini akhirnya memakan diri, bila Mat Said begitu bijak mengambil peluang
keemasan untuk mengajar pihak yang menganiaya dirinya. Sesuatu yang
memang sudah dijangka, Mat Said pasti akan bersama Pakatan Rakyat dalam
masa terdekat ini.
Jika ini berlaku maka Ahmad Razif mungkin akan
bergelar Menteri Besar yang paling pendek memegang jawatan tersebut di
Malaysia sejak sekian lama.
Jika dulu, rakyat Perak merasai
keperitan kuasa kerajaan negeri bertukar daripada Pakatan Rakyat kepada
Barisan Nasional. Kini, ia seolah-olah berbalik kepada UMNO pabila
Kerajaan Negeri Terengganu pula kemungkinan besar akan bertukar dari
Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Apapun, kesilapan pertukaran
Menteri Besar ini harus dijadikan ikhtibar kepada pemimpin UMNO.
Dikala
rakyat mahu melihat perubahan jawatan peringkat kabinet tiba-tiba MB
Terengganu ditukarkan. Kini, "nasi sudah menjadi bubur" dan apakah Mat
Said akan berundur dengan tawaran lumayan atau meneruskan hasratnya.
Sama-sama kita nantikan episod seterusnya adegan panas ini.
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2014/05/tragedi-13-mei-melanda-negeri-terengganu.html
Home »
Kontroversi
,
POLITIC WORLD
,
Politics (Terengganu)
» "Tragedi 13 Mei" Melanda Negeri Terengganu
"Tragedi 13 Mei" Melanda Negeri Terengganu
Written By Unknown on Monday, 12 May 2014 | 23:51
Labels:
Kontroversi,
POLITIC WORLD,
Politics (Terengganu)
Post a Comment