Roslee Daud kembali BN
Written By Unknown on Tuesday, 13 May 2014 | 05:37
Kenyataan ini diperkuatkan seorang pemimpin kanan UMNO Terengganu yang juga ADUN Permaisuri, Dato' Mohd Jidin Shafee yang mengesahkan bahawa Adun Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat perletakan keluar UMNO.
"Petang tadi Roslee ada beritahu tahu saya akan menarik balik, kini hanya tinggal dua sahaja yang masih menjadi ahli bebas iaitu Kijal dan Ajil.
"BN tetap kekal (mentadbir Terengganu)...hampir selesai dah kepada asal, sikit-sikit lagi je...merajuk manja (sikit-sikit)," kata Mohd Jidin yang memberi keyakinan bahawa pemerintahan BN Terengganu akan kembali kepada asal.
Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu, Dato' Razif Abdul Rahman difahamkan akan membuat sidang akhbar pertamanya di Wisma Darul Iman, esok. Sehingga kini, dua Wakil Rakyat BN menyertai bebas menjadikan ADUN BN 15, PAS 14, PKR 1.
Kini beberapa Wakil Rakyat BN berada di Kuala Lumpur untuk bertemu Perdana Menteri esok.
Labels:
Kontroversi,
POLITIC WORLD,
Politics (Terengganu)
Post a Comment