Home » , , , » Ahmad bersama nasi ayam sumbangan anda.

Ahmad bersama nasi ayam sumbangan anda.

Written By Unknown on Tuesday 23 July 2013 | 11:50

MashaAllah.


Saya tidak dapat menggambarkan perasaan Ahmad beserta adiknya Mahmud dan Muhammad ketika diberikan dua dulang nasi ini untuk dibawa pulang sebagai juadah berbuka. Mereka hampir berlari membawanya!


Rupa-rupanya semalam Ahmad, mungkin kerana malu, tidak bercakap benar. JK masjid yang mencari keluarga untuk dibantu menceritakan bahawa ayah Ahmad menyebut, jangankan sekali di bulan Ramadhan, ayam tidak masuk ke rumah mereka sejak TIGA BULAN!

Sumbangan kalian telah memungkinkan Ahmad dan lima beradiknya berbuka puasa secara 'luarbiasa' hari ini. Begitu juga dua keluarga lain yang dihadiahkan masing-masing dua talam nasi oleh penyumbang.

Setakat ini kita sudah mampu menaja baju raya dan beg sekolah untuk 32 orang! Disebabkan sambutan yang menggalakkan, projek akan diteruskan selama lima hari sebagaimana dijanjikan untuk memberi peluang kepada lebih ramai anak yatim dan fakir menerima sumbangan, inshaAllah.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank 162263440765 (Muhd Nadir, Koordinator Projek) dengan makluman melalui emel nurilhakim87@gmail.com. Untuk memberikan bantuan berterusan kepada penerima hubungi admin melalui Whatsapp +60195004911.

*****Pek baju raya dan kelengkapan sekolah hanya berharga RM150 setiap satu. Kempen akan ditamatkan empat hari daripada sekarang.*****
 — in Gaza, Palestine.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger