Home » , , , » Hanafiah: .....handle simple projek sahaja tetapi hancur lebur !!

Hanafiah: .....handle simple projek sahaja tetapi hancur lebur !!

Written By Unknown on Wednesday 17 July 2013 | 21:46

Bagaimana projek ratusan juta boleh masuk dengan cepat dan mudah di kuala besut pabila tiba PRK. Maknanya rakyat k.besut mesti faham, jika PAS kuat dan kerusi Dewan atau bilangan ADUN Umno dan PAS menjadi sama, rakyat akan mendapat manfaat. Sebab itu rakyat perlu mengukir sejarah menjadikan 16/16 untuk memastikan perubahan politik berlaku. Jangan izikan maruah kita tercalar dengan tindakan Umno. Nelayan, petani adalah orang yang bijak dan mempunyai harga diri. Pastikan tidak tertipu lagi.

Soal projek dan janji manis yang menjadi permainan biasa Umno, jangan dihiraukan. Calon yang mereka kemukakan pun calon sampah yang dikutip dan telah menyusahkan ramai rakyat dun kuala besut. Projek yang dipantau itu pun hancur lebur dan menjadi isu besar sekarang yang didiamkan oleh media Umno dan arus perdana. Maknanya projek apa lagi yang calon Umno ni boleh buat?? Bidang sendiri bermasalah, tidak dapat kita bayangkan jika sebagai ahli politik yang terpaksa memahami masalah rakyat daripada akar Umbi.
Tambahan pula ADUN umno dengan mudah mendapat tanah, rakyat pula ditarik balik tanah yang diberikan oleh kerajaan sewaktu PAS mentadbir negeri Terengganu. Adakah rakyat besut akan percaya janji projek sewaktu PRK. Sebab itu saya katakan rakyat besut pun sudah mula melihat dan mereka inginkan perubahan. Apa yang berlaku mereka ditindas dan ditekan dengan kemiskinan. Maka, undi nanti buat perubahan. Waktu ini rakyat kuala besut mesti tuntut dan ugut kerajaan untuk jadi lebih maju seperti DUN lain.
Undi adalah rahsia, duit kita yang digunakan jutaan ringgit oleh Umno untuk PRK rakyat mesti ambil. Perbodohkan kerajaan Umno supaya mereka sedar. Mereka akan beri lebih banyak jika rakyat bijak permainkan mereka. Kuasa di tangan rakyat. Banyak DUN yang berubah menyebabkan Umno kepanasan dan k.besut adalah DUN yang bakal BN kalah dalam perkiraan Umno BN menyebabkan mereka fitnah dan masukkan pelbagai projek untuk membeli rakyat.
Che long orang yang amanah, pernah menjayakan projek yang bernilai 11 juta di kelantan dan kontraktor kelas A yang berjaya bahkan sentiasa membantu rakyat sejak sebelum jadi wakil rakyat. Ini penampilan berbeza yang menjadi kerisauan Umno BN. Bandingkan dengan seorang lagi tu, handle simple projek sahaja tetapi hancur lebur dan telah menyusahkan ribuan rakyat. Bukan hina calon Umno, tetapi cermin diri sebelum hina calon PAS!
Jangan cuba bermain api, nanti terbakar diri sendiri. Jadi jurutera yang baik sebelum menjadi ahli politik dan pejuang rakyat yang sebenar. Rakyat tahu pimpinan mana yang mampu perjuangkan nasib rakyat melainkan Umno menggunkan cara penipuan yang dahsyat yang tidak keterlaluan kita katakan berada dalam perancangan mereka sekarang. Isu dakwat kekal SPR gagal jawab, jangan persoalkan apa yang rakyat timbulkan mengenai penipuan Umno yang sepatutnya menjadi pengajaran kepada mereka.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger