Home » , , , , , » PAS dakwa R Terengganu dihalang serah memo rakyat kepada Muhyiddin

PAS dakwa R Terengganu dihalang serah memo rakyat kepada Muhyiddin

Written By Unknown on Wednesday 17 July 2013 | 20:41

BESUT: Sekretariat Kembalikan Royalti (R) Terengganu yang bernaung di bawah Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) gagal menyerahkan ‘Memorandum Rakyat’ kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana, sebaik sahaja tiga orang wakil R Terengganu menghampiri pentas majlis yang dihadiri oleh Muhyiddin, pengawal peribadi beliau segera menghalangnya serta ‘merampas’ memorandum tersebut.

Rombongan R itu, diketuai oleh aktivisnya Naraza Muda, Setiausaha Kerja R Terengganu, Syed Husain Syed Hassan dan Ahli Jawatankuasa R Besut, Amar Saufi tetapi tidak ada tangkapan terhadap mereka.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4.00 petang di tapak perasmian Sekolah Menengah Alor Peroi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, dekat sini, semalam.

Naraza berkata rombongan R Terengganu melahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan tindakan pengawal peribadi Muhyiddin yang menghalang memorandum tersebut disampaikan.

Katanya, ‘Memorandum Rakyat’ perlu disampaikan kepada menteri berkenaan bagi menuntut agar dikembalikan semula hak royalti petroleum negeri Terengganu yang dinafikan sejak tahun 2000.

“Kami rasa cukup dukacita dan kecewa kerana gagal serahkan ‘Memorandum Rakyat’ itu kepada Tan Sri (Muhyiddin) kerana dihalang oleh pegawal peribadinya. Kami rasa sedih dengan layanan buruk itu.

“Sebaik sahaja, saya menghampir beliau (Muhyiddin) dengan memanggil Tan Sri…terus tangan dikilas ke belakang dan tubuh saya ditarik keluar majlis, memorandum juga dirampas dan saya dilepaskan selepas itu,” ujarnya mencerita detik-detik ‘mencemaskan’ ketika ingin menyerahkan memorandum rakyat tersebut.

Beliau yang juga aktivis Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) menyifatkan tindakan menghalangnya itu tidak wajar kerana Muhyiddin juga Timbalan Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia.

Menurut Naraza, aktivis R Terengganu tidak akan berputus asa bagi menyerahkan semula memorandum tersebut kepada menteri-menteri yang hadir berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger