Home » , , » Ibu ‘iringi’ pemergian anak lelaki

Ibu ‘iringi’ pemergian anak lelaki

Written By Unknown on Wednesday 17 July 2013 | 20:29

Ibu ‘iringi’ pemergian anak lelakiKeadaan kenderaan yang remuk akibat kemalangan di Kilometer 247.6 Lebuh Raya PLUS arah Utara, Pedas, semalam yang mengorbankan Widayati dan Muhammad Syafiq.
Seremban: Seorang ibu yang sedang menunggu bantuan selepas terbabit kemalangan yang mengorbankan anaknya, maut dirempuh sebuah kereta di Kilometer 247.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di Senawang, dekat sini, malam kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Widayati Abdol Aziz, 41, berdiri menunggu bantuan di lorong kecemasan lebuh raya selepas kemalangan sejam sebelum itu, yang meragut nyawa anaknya, Muhammad Shafiq Mohd Yusob, 15. 
Sebuah kereta yang dipercayai dipandu laju hilang kawalan lalu merempuh Widayati dan lima orang lain, termasuk dua anaknya, Muhammad Shazwan, 17 dan Mohd Shahir, 11. 


Tiga lagi ialah kakak Widayati, Kamariah, 50, yang tiba di tempat kejadian dari Jasin, Melaka, selepas dihubungi adiknya serta orang awam, Ismail Na'emat, 55 dan Khairul Hasni Abd Ghani, 40, yang berhenti di situ untuk membantu. 

Widayati yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaa'far Seremban (HTJS), tetapi meninggal dunia kira-kira jam 12.50 tengah malam. 

Saksi kejadian, Jamal Mohd Mustafa, 52, berkata dia dalam perjalanan dari Putrajaya ke Pedas, Rembau apabila ternampak sebuah kereta dan satu mayat terbaring di lorong kiri lebuh raya. 
BH
“Saya keluar membantu dengan berdiri di tempat kejadian dan melambaikan tangan bagi mengelakkan kenderaan lain melanggar mayat kerana kawasan itu gelap dan menuruni bukit. 
Pemandu larikan diri 

“Tiba-tiba sebuah kereta dipandu laju, masuk ke lorong kecemasan lalu melanggar Widayati dan beberapa orang lain,” katanya. 

Jamal berkata, dia cuba mengejar pemandu kereta berusia 20-an yang keluar dari keretanya untuk melihat kejadian itu, tetapi lelaki itu masuk semula dalam kereta dan memecut melarikan diri. 

Dalam kemalangan sebelum itu, Widayati bersama tiga anaknya yang dalam perjalanan pulang dari rumah Kamariah di Melaka ke rumahnya di Klang, Selangor. 

Kereta dipandunya dipercayai terbabas menyebabkan Muhammad Shafiq, tercampak dari tempat duduk belakang dan meninggal dun
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger