Home » , , , » Serangan Peribadi : Desakan atau Pencerahan?

Serangan Peribadi : Desakan atau Pencerahan?

Written By Unknown on Thursday 18 July 2013 | 03:30


KUALA BESUT,18 Julai : Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selaku parti yang memerintah, sepatutnya BN membawa perkara berkaitan 'dasar' sewaktu berkempen dan bukannnya menyerang peribadi calon PAS yang lebh dikenali dengan panggilan 'Che Long'. Beliau menyifatkan orang yang menyerang peribadi calon adalah orang yang ketandusan modal dan idea.
"UMNO berada dalam keadaan terdesak dan tertekan disebabkan masyarakat tempatan mula menilai dan meneliti calon PAS yang dipilih dari kalangan penduduk tempatan yang sentiasa bergelumang dengan pengundi", katanya ketika ditemui malam tadi di sini.
"Sekiranya Kuala Besut menang dalam pilihan raya kecil N.01 kali ini, beliau akan tinggal dan bersama-sama dengan penduduk berbanding calon BN yang menetap di Putrajaya", tambah beliau lagi.
Namun begitu, perkara ini satu kepentingan kepada PAS bilamana BN sekali lagi tidak mengotakan janji mereka untuk tidak menyerang perihal peribadi calon dan memutar belitkan fakta ucapan dari pimpinan PAS memandangkan umat Islam sekarang berada di bulan Ramadhan.
Beliau menganggap penyelewengan fakta yang dilakukan menggambarkan mereka sebenarnya berada dalam keadaan terdesak dan tertekan.
Written by Te@M I.T

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger