Home » , » Tiga novel memapar kisah perjuangan tiga tokoh wanita di tiga penjuru dunia

Tiga novel memapar kisah perjuangan tiga tokoh wanita di tiga penjuru dunia

Written By Unknown on Wednesday 23 October 2013 | 10:41


SUDAH ADA DI PASARAN! Tiga buah novel yang memaparkan kisah perjuangan tiga orang tokoh wanita di tiga penjuru dunia yang berasingan. MARYAM JAMEELAH, seorang wanita Yahudi yang berjuang menentang kezaliman bangsanya terhadap orang-orang Islam di Palestin. beliau yang tinggal di Amerika Syarikat akhirnya mendapat petunjuk Ilahi dan kemudiannya memeluk agama Islam. Beliau kemudiannya berhijrah ke Pakistan atas undangan Syeikh Abul A'la Maududi.
        Sejak itu beliau berjuang mempertahankan kesucian ajaran Islam melalui mata penanya. SHAMSIAH FAKEH, seorang pejuang kemerdekaan yang terpaksa masuk ke dalam hutan semata-mata untuk berjuang menentang penjajah Inggeris. adakah wanita lulusan Sekolah Tinggi Agama di Kuala Pilah dan anak murid kepada Lebai Maadah serta pernah menuntut pengajian agama di Indonesia ini seorang komunis? benarkah beliau telah mencampakkan dan menghempaskan bayinya ke atas batu ketika di dalam hutan?
     Ikutilah kisah hidupnya yang sebenar di dalam novel ini. Ketika dunia sedang memerhatikan apa yg berlaku di Mesir, bacalah kisah perjuangan ZAINAB AL-GHAZALI yang merupakan ketua sayap wanita Ikhwanul Muslimin.               
           Dapatkah gambaran sebenar bagaimana Gamal Abdul Nasser menggulingkan Raja Farouk dengan bantuan Ikhwanul Muslimin dan kemudiannya bertindak menghumbankan para pemimpin Ikhwan kerana ketamakan kuasanya sama seperti yang dilakukan JENERAL AL-SISI LAKNATULLAH di Mesir sekarang. Ikuti kisah bagaimana Zainab Al-Ghazali dikurung di dalam sel penjara bersama-sama sekumpulan anjing yang garang agar tubuhnya dijadkan santapan anjing-anjing tersebut. Juga ikuti kisah bagaimana seorang banduan jahat diarahkan untuk memperkosa beliau. Adakah beliau terselamat daripada tindakan zalim Gamal Nasser dan konco2nya itu. KETIKA KITA MASIH MERAYAKAN HARI RAYA KORBAN INI, BACALAH KISAH PENGORBANAN KETIGA-TIGA TOKOH WANITA INI, diolah dan digambarkan dari sudut kaca mata seorang lelaki.
(3 photos)

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger