Hanafiah: .....handle simple projek sahaja tetapi hancur lebur !!
Bagaimana projek ratusan juta boleh masuk dengan cepat dan
mudah di kuala besut pabila tiba PRK. Maknanya rakyat k.besut mesti faham,
jika PAS kuat dan kerusi Dewan atau bilangan ADUN Umno dan PAS menjadi sama,
rakyat akan mendapat manfaat. Sebab itu rakyat perlu mengukir sejarah
menjadikan 16/16 untuk memastikan perubahan politik berlaku. Jangan izikan
maruah kita tercalar dengan tindakan Umno. Nelayan, petani adalah orang yang
bijak dan mempunyai harga diri. Pastikan tidak tertipu lagi.
Soal projek dan
janji manis yang menjadi permainan biasa Umno, jangan dihiraukan. Calon yang
mereka kemukakan pun calon sampah yang dikutip dan telah menyusahkan ramai
rakyat dun kuala besut. Projek yang dipantau itu pun hancur lebur dan menjadi
isu besar sekarang yang didiamkan oleh media Umno dan arus perdana. Maknanya
projek apa lagi yang calon Umno ni boleh buat?? Bidang sendiri bermasalah,
tidak dapat kita bayangkan jika sebagai ahli politik yang terpaksa memahami
masalah rakyat daripada akar Umbi.
Tambahan pula ADUN
umno dengan mudah mendapat tanah, rakyat pula ditarik balik tanah yang
diberikan oleh kerajaan sewaktu PAS mentadbir negeri Terengganu. Adakah rakyat
besut akan percaya janji projek sewaktu PRK. Sebab itu saya katakan rakyat
besut pun sudah mula melihat dan mereka inginkan perubahan. Apa yang berlaku
mereka ditindas dan ditekan dengan kemiskinan. Maka, undi nanti buat perubahan.
Waktu ini rakyat kuala besut mesti tuntut dan ugut kerajaan untuk jadi lebih
maju seperti DUN lain.
Undi adalah rahsia,
duit kita yang digunakan jutaan ringgit oleh Umno untuk PRK rakyat mesti ambil.
Perbodohkan kerajaan Umno supaya mereka sedar. Mereka akan beri lebih banyak
jika rakyat bijak permainkan mereka. Kuasa di tangan rakyat. Banyak DUN yang
berubah menyebabkan Umno kepanasan dan k.besut adalah DUN yang bakal BN kalah
dalam perkiraan Umno BN menyebabkan mereka fitnah dan masukkan pelbagai projek
untuk membeli rakyat.
Che long orang yang
amanah, pernah menjayakan projek yang bernilai 11 juta di kelantan dan
kontraktor kelas A yang berjaya bahkan sentiasa membantu rakyat sejak sebelum
jadi wakil rakyat. Ini penampilan berbeza yang menjadi kerisauan Umno BN.
Bandingkan dengan seorang lagi tu, handle simple projek sahaja tetapi hancur
lebur dan telah menyusahkan ribuan rakyat. Bukan hina calon Umno, tetapi cermin
diri sebelum hina calon PAS!
Jangan cuba bermain
api, nanti terbakar diri sendiri. Jadi jurutera yang baik sebelum menjadi ahli
politik dan pejuang rakyat yang sebenar. Rakyat tahu pimpinan mana yang mampu
perjuangkan nasib rakyat melainkan Umno menggunkan cara penipuan yang dahsyat yang
tidak keterlaluan kita katakan berada dalam perancangan mereka sekarang. Isu
dakwat kekal SPR gagal jawab, jangan persoalkan apa yang rakyat timbulkan
mengenai penipuan Umno yang sepatutnya menjadi pengajaran kepada mereka.
Post a Comment