Home » , , , » Jangan buat spekulasi jika kedudukan 16:16

Jangan buat spekulasi jika kedudukan 16:16

Written By Unknown on Wednesday, 17 July 2013 | 09:14

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat menjelaskan jika kedudukan kerusi Dun menjadi 16:16, ia merupakan satu sejarah baru politik negara khususnya di negeri ini.
Jelasnya lagi, untuk mentafsir apa yang berlaku jika kedudukan kerusi seimbang adalah tidak wajar.

"Apa yang penting kita dapatkan dulu 16:16 dan tengok apa yang akan berlaku.

"Kita tidak boleh membuat apa-apa keputusan ataupun sebarang spekulasi kedudukan kerajaan negeri mahupun kestabilan, biar ia berlaku dan PAS akan pastikan Terengganu ini tetap aman seperti hari ini," ujarnya yang juga Pengurus Kempen PAS PRK ini kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Barisan Nasional (BN) yang meneruskan kempen yang menyifatkan Terengganu akan menjadi huru hara apabila kerusi menjadi 16:16 jika PAS dapat menawan kerusi Dun Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.

Ucapan ringkas melalui kenderaan pacuan empat roda itu dibuat ketika calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkunjung di Bazar Ramadhan di Kuala Besut semalam.

Dalam ucapan ringkas yang dilakukan oleh penyokong BN yang turut sama pada program tersebut turut menyebut pembangkang (Pakatan Rakyat) juga telah menimbulkan huru hara apabila kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lepas.

Source: Via 
Kempen Prk Dun Besut'
Share this article :

Post a Comment

Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger