Home » , , » Kilang dakwa rugi RM8 juta dihujani batu kuari

Kilang dakwa rugi RM8 juta dihujani batu kuari

Written By Unknown on Friday, 19 July 2013 | 16:15

Johor Bahru: Sebuah kilang memproses bahan kimia dan minyak kelapa sawit di Kawasan Perindustrian Ringan MIEL, Jalan Bukit 2, Seri Alam di sini, mendakwa kerugian antara RM3 juta hingga RM8 juta berikutan terpaksa menghentikan operasi akibat kerosakan mesin selepas dihujani batu dari sebuah kuari.
Pemiliknya dikenali sebagai Cheng, 40-an berkata, akibat dihempap batu, peralatan utama seperti mesin tangki utama penyimpanan minyak kelapa sawit dan lori tangki rosak teruk.

“Kami terpaksa menghentikan operasi selama enam bulan bagi memberi ruang kepada kerja membaiki kerosakan yang secara tidak langsung membantutkan kerja kami terutama memenuhi tempahan pelanggan,” katanya.
“Mungkin kilang lain juga bakal mengalami masalah sama atau terjejas akibat kemalangan ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Selain kerugian besar, Cheng turut mengesahkan lima pekerjanya cedera parah akibat kejadian itu, namun mereka dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan.

Seorang lagi pemilik kilang, Jefri Jamil, 48, berkata, dia kesal dengan kejadian itu yang turut meragut nyawa seorang pekerjanya.
Metro
Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/2

Oleh Salman Hamat dan Reduan Muharam

Johor Bahru: Umpama medan perang. Itu antara kisah diceritakan sekumpulan pekerja kilang yang menempuh detik cemas dihujani serpihan batu sebesar pemeluk berterbangan akibat letupan kuat dari sebuah kuari yang beroperasi di belakang kilang itu.
Dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Ringan MIEL, Jalan Bukit 2, Seri Alam di sini, jam 12.50 tengah hari semalam, seorang pekerja kilang plastik warga Nepal berusia 30-an maut akibat ditimpa batu manakala 11 lagi pekerja di kawasan perindustrian itu cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan untuk rawatan.
Difahamkan, mangsa maut akibat dihempap batu granit sebesar tong gas di tempat kejadian.

Seorang mangsa, Mohd Zaidi Chik, 36, berkata, ketika kejadian dia bersama beberapa rakan berehat di kantin kilang tempatnya bekerja, kira-kira 500 meter dari kuari berkenaan.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger