Subang Jaya: Dua lelaki yang menyamun seorang doktor hingga putus jari dalam kejadian Selasa lalu ditahan di SS19, di sini semalam.
Mereka yang berusia 20-an ditahan kira-kira jam 6 pagi selepas mendapat maklumat daripada ibu bapa seorang daripada mereka yang tampil bekerjasama dengan polis.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata, ibu bapa seorang suspek mendapat tahu mengenai kejadian itu melalui hebahan media dan terus memberi maklumat mengenai anaknya sebelum siasatan dilakukan.
“Hasilnya, polis berjaya menahan dua suspek terbabit. Siasatan awal kedua-dua suspek tiada rekod jenayah lampau,” katanya.
Harian Metro Selasa lalu melaporkan seorang doktor wanita putus ibu jari kiri akibat ditetak penyamun bersenjatakan parang sebaik keluar dari polikliniknya di Jalan SS19.
Dalam kejadian kira-kira 1.20 tengah malam itu, mangsa yang berusia 50-an juga hampir putus jari kelingking kiri selain cedera di lengan kiri akibat kejadian itu.
Metro
Post a Comment