Home » , , , » KRISIS DI MESIR: Temubual stesen televisyen "Al-Yarmouk" bersama Presiden Majlis Revolusi Rakyat

KRISIS DI MESIR: Temubual stesen televisyen "Al-Yarmouk" bersama Presiden Majlis Revolusi Rakyat

Written By Unknown on Wednesday 17 July 2013 | 14:06

Via: Akhukum Abdul Malik


Dr.Sofwat Hijazi, Presiden Majlis Revolusi Rakyat dalam temubual dengan stesen televisyen "Al-Yarmouk" semalam:
-Kebanjiran rakyat Mesir di dataran Raba'ah dan seluruh negara hari ini bukan sebab kami mempertahankan individu yang bernama Mursi tetapi sejak lebih 7,000 tahun yang lalu, rakyat Mesir telah memilih seorang Presiden yang sah dari kalangan mereka melalui pilihanraya yang bersih dan telus. 

-Situasi hari ini jelas, iaitu penentangan terhadap Islam dan kami tidak akan menerima sebarang rundingan atau inisiatif lain sebagai tukar ganti kecuali kembalikan hak Presiden yang sah kepada Mursi. 

-Kami tidak akan sama sekali mengangkat senjata sekalipun dibuuh kerana asas kepada himpunan kami ialah aman. Slogan kami ialah "jadilah hamba Allah yang dibunuh, bukan hamba Allah yang membunuh". 

-Jumaat bersamaan 10 Ramadhan ini dijadikan sebagai "Jumaat An-Nasr" iaitu pertolongan bagi menekan kumpulan 'perampas' untuk berundur. 

-Tiada istilah berunding dengan kumpulan "perampas kuasa" ini kecuali kembalikan hak kami. Jika mereka inginkan rundingan, satu-satunya yang boleh berunding dalam hal ini ialah Mursi dan hanya beliau yang berhak mengarahkan kami untuk berundur dari dataran yang kami berada ketika ini.

Source Via:
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger