Home » » Polis nafi Malaysia jadi pusat penghasilan methapetamin

Polis nafi Malaysia jadi pusat penghasilan methapetamin

Written By Unknown on Monday, 11 November 2013 | 08:29

Polis nafi Malaysia jadi pusat penghasilan methapetaminJumlah serbuan, tangkapan dan rampasan yang tinggi berkaitan dadah jenis methapetamin bukan bermakna negara ini menjadi pusat penghasilan dadah jenis itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar).
Beliau sebaliknya berkata, ia disebabkan hubungan baik dua hala dengan pihak berkuasa luar negara, ia secara automatik meningkatkan bilangan operasi.
"Tetapi apabila banyak rampasan dibuat, ia dilihat seolah-olah negara kita dijadikan pusat pengeluaran sedangkan kita sedia maklum negara yang paling banyak mengeluarkan methapetamin ialah Nigeria, China dan lain-lain," katanya selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas laporan media luar negara yang memetik Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Dadah dan Jenayah sebagai berkata Malaysia adalah negara ketiga mencatat tangkapan tertinggi berkaitan dadah jenis methapetamin di Asia Tenggara iaitu 74,460 kes.
The Malaysian Insider
Menurutnya, masyarakat tidak perlu risau tentang peningkatan jumlah rampasan dan tangkapan itu kerana ia menunjukkan Polis Diraja Malaysia efektif dalam menangani masalah pengedaran dadah di negara ini. – Bernama, 11 November, 2013.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger