Pihak defendan memaklumkan perkara itu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Mahkamah memutuskan 13 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes.
Perbicaraan hari ini menjadi buruan media setelah usaha menghubungi peguam dan pendakwa raya menemui kegagalan.
Selepas beberapa panggilan telefon dan kiriman pesanan ringkas sejak pagi tadi kepada Timbalan Pendakwa Raya, Pejabat Peguam Negara Datuk Nordin Hassan dan peguam defendan, salah seorang peguam defendan mengesahkan perbicaraan itu dalam satu pesanan ringkas namun enggan mengulas panjang.
Permohonan sebelumnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tuduhan berkenaan digugurkan telah ditolak.
Chan dituduh pada Februari 2011 dengan tiga dakwaan menipu mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mencecah RM1.9 bilion berhubung projek penghantaran di antara 2004 dan 2006.
Beliau berdepan lima tahun penjara bagi setiap pertuduhan.
Projek PKFZ yang diilhamkan oleh bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik pada mulanya dianggarkan bernilai RM1.1 bilion pada 1997 namun meningkat empat kali ganda iaitu RM4.6 bilion pada 2007.
Pada 25 Oktober lalu, Dr Ling dibebaskan daripada pertuduhan menipu Kabinet setelah gagal mendedahkan terdapat pertambahan kadar faedah 7.5% dalam pembelian RM25 sekaki persegi dalam urusan pembelian tanah PKFZ walaupun mengetahui kadar faedah itu telah disertakan dalam harga asal.
Pejabat Peguam Negara tidak membuat rayuan kes itu yang berakhir pada Jumaat lalu.
Dalam penghakiman Dr Ling, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi mendapati bekas menteri itu tidak boleh dipersalahkan dalam maklumat tidak tepat oleh kementeriannya untuk pembelian tanah itu meskipun dokumen itu ditandatangani oleh beliau.
“Kesalahan itu patut diletakkan juga kepada pegawai Kementerian Pengangkutan yang mendraf dan menyediakan dokumen,” katanya. – 11 November, 2013.
Post a Comment