Latest Post
Showing posts with label Agama (Ramadhan). Show all posts

11:29
Manusia pelik akhir zaman. Ada apa dengan Tazkirah
Written By Unknown on Tuesday, 23 July 2013 | 11:29
| Idris Hj Ahmad, | 22 Jul 2013 |
Setiap kali Ramadan datang maka isu tazkirah akan menjadi polimik oleh pihak yang tertentu seolah-olah tazkirah ialah virus yang merbahaya kepada orang Islam. Seolah-olah tazkirah menyebabkan pahala puasa hilang.
Bukankah kita digalakkan untuk ingat-mengingati di antara satu sama lain sebagaimana diajar di dalam al-Quran. Bermaksud "Sesungguhnya peringatan itu dapat memberi manfaat kepada orang yang beriman."
Jika kita tidak memberi peringatan sesama mukmin, maka siapa lagi yang akan melakukannya? Kita mesti mempunyai keazaman untuk memberi peringatan kepada saudara seagama untuk memastikan mereka juga merupakan ahli syurga.
Begitu juga Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian melainkan orang beriman. Dan orang yang berpesan dengan kebenaran dan orang yang berpesan dengan kesabaran." (Surah Al-Asr : ayat 1-3)
Para sahabat tidak akan berpisah melainkan setelah membaca ayat ini untuk mengingat sesama dengan mereka. Oleh itu, bagi orang lelaki yang beriman diwajibkan untuk hadir mengerjakan solat Jumaat dan mendengar dua khutbah Jumaat. Salah satu rukun khutbah ialah nasihat supaya bertaqwa kepada Allah. Khutbah bertujuan untuk memberi tazkirah kepada sidang jamaah yang hadir. Inilah tazkirah mingguan yang disampaikan oleh khatib kepada ahli kariahnya. Harapannya sekurang-sekurang daripada Jumaat ke Jumaat akan ada peringatan daripada khatib. Supaya peringatan sentiasa segar di dalam jiwa pendengar dan menjadi perangsang untuk dekat kepada Allah dan menjauhkan larangannya.
Apa masalahnya apabila Tazkirah diadakan pada malam Ramadhan. Ini peluang yang terbaik untuk memberi peringatan kepada mereka yang hadir. Terutama kepada mereka yang hanya hadir setahun sekali yakni dalam bulan Ramadan. Hari biasa mereka tidak pernah datang ke majlis ilmu yang diadakan di surau atau masjid.
Satu tindakan yang bijak dilakukan oleh pihak surau untuk menganjurkan tazkirah dengan harapan untuk memberi kesedaran agama dan motivasi cintakan Iman dan Islam kepada hadirin yang hadir. Pendakwah yang bijak ialah mengambil kesempatan di majlis yang mana manusia ramai yang hadir untuk menyampaikan bingkisan dakwah. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dengan mengumpul saudara mara yang terdekat dengan membuat jamuan kemudian baginda menyampaikan risalah Islam.
Atas semangat inilah juga yang dilakukan oleh pihak penganjur untuk melebar luas dakwah kepada masyarakat. Pada pemerhatian saya ramai yang mula berubah setelah mendengar tazkirah yang disampaikan sempena dengan kehadiran mereka sewaktu bulan Ramadan. Selama ini mereka tidak pernah mendengar majlis yang menyuburkan Iman dan melembutkan hati. Mereka meneruskan datang ke surau atau masjid selepas Ramadan berlalu.
Cuma apa yang penting ialah pemberi tazkirah (Muzakkir) perlu bijak dan mengolah Islam dengan penuh hikmah dan bijaksana. Berikan motivasi untuk berubah dengan berpaksikan kepada agama. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Yakinlah mereka yang hadir ke majlis ilmu ialah merupakan orang yang berpotensi besar untuk menyokong perjuangan Islam apabila mereka faham agama.
Masjid atau surau yang tidak menganjurkan tazkirah, kebiasaannya kosong setelah Ramadan. Mereka yang datang hanya bermusim, tanpa ada ilmu dan kesedaran Iman. Apakah ini yang kita hendak? Sehingga sanggup mengatakan tazkirah menganggu tarawih. Sepatutnya usaha ini perlu disokong bukan dihalang. Mereka tidak pernah kecewa melihat masjid menjadi usang tidak berpenghuni, tetapi mereka resah melihat manusia berduyun-duyun hadir ke majlis tazkirah. Inilah manusia yang pelik pada akhir zaman.

Labels:
AGAMA,
Agama (Ramadhan),
Viewpoints (National)
23:52
This is a video of a seven year old leading Taraweeh prayers.! He is reciting the 28th Juzz beautifully with full tajweed. What an inspiration during this holy month when the Quran was revealed. How proud will the parents of this child be and imagine the reward and blessings this tarbiyya will introduce into the lives of all those involved in this life and the hereafter! No matter what our plans are for our children, be sure to introduce the Qur'an into their lives sooner rather than later...
The Qur'an has been preserved and passed on from generation to generation through the hearts of those who open their hearts for the love of the Qur'an. Reciting the Qur'an with care and with the heart connects the soul to this spiritual heritage of the Qur'an. At the Birmingham Qur'an Academy we help instil this love with a dedicated team of Ahlul Quran, teachers of the Quran, who work hard to serve this noble cause.
Watch, enjoy and share this link and don't forget to give us a like to receive more inspirational posts from the Birmingham Quran academy!
https://www.facebook.com/photo.php?v=145016069035754&set=vb.417536501675632&type=2&theater
7 YEAR OLD LEADS TARAWEEH PRAYERS
Written By Unknown on Monday, 15 July 2013 | 23:52

Agama (Semasa)