Latest Post
Showing posts with label Azlan Yusof @ Che Long. Show all posts
Showing posts with label Azlan Yusof @ Che Long. Show all posts

Che Long mudah tersentuh dengan kemiskinan

Written By Unknown on Friday, 19 July 2013 | 08:07

Harakahdaily,19 Jul 2013
BESUT: Antara sikap calon PAS Kuala Besut, Che Long yang menjadi buat mulut orang di sini adalah sikapnya yang suka menolong orang miskin.

Seorang kenalan rapatnya,Nazmi Ghazali (gambar)berkata, Che Long memang mudah tersentuh bila melihat orang miskin.

Menurut beliau, sifat ini mungkin kerana dia pernah hidup susah satu ketika dahulu lebih-lebih lagi selepas kematian ayahnya pada usia beliau 22 tahun.

Che Long juga pernah bekerja di ladang tembakau sebelum mengikut bapa saudaranya berkerja di stor kayu.

"Dia memang suka menolong. Kalau orang miskin nak buat rumah, Che Long bagi kayu, kadang-kadang bagi diskaun, ambik dulu bayar kemudian bila dah ada duit.

"Sikap ini semua orang tahu. Nama Che Long ini besar pada orang miskin di sini malah juga di Kelantan," katanya.

Sementara itu, mengulas sikap Che Long yang dilihat 'low profile' beliau berkata sememangnya calon PAS itu selesa berperwatakan begitu biarpun kini sudah menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

Menurut Nazmi, perwatakan Che Long yang begitulah yang telah menjadikan beliau disenangi rakyat dan mudah mesra dengan penduduk di sini.

Selain itu, Che Long juga dikenali oleh penduduk di sini sebagai orang masjid kerana sikapnya yang sentiasa ke masjid untuk bersolat jemaah.

Che Long juga ujarnya pernah menjawat jawatan bilal di sebuah masjid ketika bapanya menjadi imam masjid.

"Tapi dia tak ambik elaun yang dibayar kepada dia. Dia lebih suka duit itu diberikan kepada orang miskin," kata Nazmi lagi.

Beliau turut menyifatkan, pemilihan Che Long sebagai calon PAS pada PRK Kuala Besut ini sebagai tepat, sesuai dengan sikap Che Long yang prihatin dengan nasib rakyat miskin.

Sehubungan itu, beliau turut mengharap pengundi Kuala Besut memilih Che Long pada PRK kali ini yang sudah terbukti kemampuannya membela rakyat.

Che Long banyak berkorban untuk keluarga

Salmah Mat Husain Foto Rizal Tahir,19 Jul 2013
Che Long bersama ibu dan keluarganya.

BESUT: “Che Long tidak berpelajaran tinggi kerana telah berkorban untuk mencari rezeki membiayai keluarga dan adik-adik,” ujar ibu calon PAS PRK Dun Kuala Besut, Minah Abdul Rauf, 64.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru dekat sini beliau memberitahu, sebagai anak sulong Che Long telah banyak berkorban untuk keluarga dan adik-adik untuk mencari rezeki.

“Kami dari keluarga yang susah, Che Long telah bekerja ketika usia belasan tahun lagi. Sebelum berjaya sekarang, Che Long telah bekerja dari bawah sebagai kuli sahaja.

“Bila ayahnya meninggal dunia ketika dia berusia 22 tahun, dia mengambil sepenuhnya tanggungjawab keluarga, untuk menyara mak dan adik-adik dengan buat pelbagai pekerjaan,” ujarnya.

Sebagai seorang ibu, tidak dinafikan beliau berasa sedih kerana bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Che Long untuk menyara adiknya enam orang lagi ketika itu semuanya masih bersekolah.

Menyentuh tentang kebaikan dan sifat pemurah Che Long, beliau mengakui bukan hanya sekarang sifatnya sedemikian, tetapi sejak kecil lagi.

“Dia banyak bertolak ansur dengan adik, bila dia remaja dia mencari rezeki sendiri, dia bahagikan pada kami, pendekata dia memang anak yang bertanggungjawab pada anggota keluarga,” ujarnya.

Sambungnya lagi, sifat tersebut telah diteruskan sehingga kini termasuk ketika menjadi calon untuk PRK N.1 Kuala Besut.

Ibunya juga telah mendedahkan, sifat dermawannya bukan sekarang, sebaliknya terserlah sejak awal lagi.

Katanya, ketika beliau dilantik menjadi bilal masjid, Azlan tidak mengambil elaun yang diberikan kepadanya dengan alasan untuk membantu mereka yang susah.

Menurut Minah lagi, Azlan berkata cukuplah dengan rezeki yang telah diberikan Allah, yang lain bagi kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, sifat pemurah Azlan telah diwarisi dari allahyarham ayahnya yang gemar membantu mereka yang susah.

Menyentuh tentang pencalonan anak sulungnya itu, Minah memberitahu Azlan hanya menerima hasrat pimpinan sahaja walaupun pernah diminta untuk berbuat demikian sebelum ini.

“Moga dia laksanakan amanah yang diberikan padanya dengan baik sebagaimana yang dijanjikan,” katanya.

Sekitar prgrm bagi baucer untk anak2 yg kurang bernasib baik untk beli pakaian raya di Kg Layout Tok Has, Kuala Besut.

Written By Unknown on Tuesday, 16 July 2013 | 06:51

Calon PAS PRK Kuala Besut AZLAN YUSOF @ CHE LONG

Written By Unknown on Tuesday, 9 July 2013 | 08:59



PAS memilih muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.

Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut, kawasan yang dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini.
Rumahnya tidak sampai setengah kilometer dari Markas Besar PAS yang terletak di Kampung Baru.
Nama Che Long dijangka diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut.

Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam.

Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan.
Pemilihan Che Long adalah satu perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam menghadapi PRK ini kerana dua lagi calon yang disenarai pendekkan untuk pilihan raya ini adalah ustaz.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon.
PRK itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut.

Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi.









 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. String of Analysis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger